Anda di sini

Hampir 40 maut dilanggar bas di utara Haiti

Advertisement

Pemandu bas cuba lari selepas rempuh pejalan kaki kemudian langgar lebih ramai lagi

 Seorang lelaki melihat bas yang terlibat dalam kemalangan tersebut di tempat parkir balai polis Gonaives, kelmarin. — Gambar Reuters
TRAGIK: Seorang lelaki melihat bas yang terlibat dalam kemalangan tersebut di tempat parkir balai polis Gonaives, kelmarin. — Gambar Reuters

GONAIVES: Sebuah bas yang dipandu laju selepas terbabit dalam kejadian langgar lari telah merempuh puluhan pemuzik jalanan di utara Haiti kelmarin, mengorbankan 38 orang, menurut pihak berkuasa.

Seramai 13 orang lagi tercedera dalam nahas yang berlaku sejurus sebelum jam 4 pagi waktu tempatan di Gonaives, bandar dengan 300,000 penduduk kira-kira 150 kilometer barat kaut ibu negara Port-au-Prince.

Kami berkumpul beramai-ramai, sedang berseronok, kemudian bas tersebut muncul merempuh orang ramai,” kata Jean-Renald Edouard yang berbaring di atas katil bilik kecemasan.

Saya dilanggar di pinggul dan jatuh teruk.

Selepas itu, semuanya gelap,” menurut lelaki berusia 26 tahun itu yang ditemani teman wanitanya di sisi katilnya.

Sebelum itu, bas tersebut telah merempuh dua pejalan kaki, menyebabkan masing-masing maut dan cedera, menurut Marie-Alta Jean Baptiste, ketua pejabat pertahanan awam di Haiti.

Pemandu bas Blue Sky itu kemudian merempuh tiga kumpulan pemuzik jalanan ketika cuba memecut kenderaannya untuk melarikan diri, meninggalkan tempat kejadian yang bergelimpangan dengan mangsanya.

Bilangan mangsa yang tercedera mulanya 17 orang, namun empat mangsa kemudiannya mati di hospital, menurut polis negeri Gonaives.

Pihak polis terpaksa mengawal sekumpulan orang ramai yang marah selepas insiden ngeri tersebut.

Para pemandu di Haiti yang terlibat dalam kemalangan jarang berhenti di tempat kejadian kerana mereka bimbang diserang oleh penduduk tempatan yang cuba melaksanakan kehakiman massa.

Orang ramai yang bukannya mangsa kemalangan cuba membakar bas tersebut yang masih mempunyai penumpang di dalamnya,” menurut Faustin Joseph, penyelaras pertahanan awam bahagian Artibonite di mana Gonaives ibu negerinya.

Perkhidmatan Blue Sky, syarikat swasta yang menawarkan perjalanan jarak jauh, adalah satu pilihan mewah bagi perjalanan di Haiti dengan bas yang berhawa dingin dan moden.

Pada mulanya pihak berkuasa menyatakan mereka telah menahan pemandu bas, namun dia kemudiannya telah melarikan diri dari tempat kejadian, menurut ketua trafik Gonaives Jeudy Lisate.

Pihak polis masih mencuba untuk mengenal pasti identitinya.

Punca kemalangan itu yang berlaku di laluan lurus pada sebatang jalan raya nasional tanpa sebarang lubang jalan masih belum diketahui.

Tengah hari kelmarin, sebuah kereta yang mengalami kerosakan teruk dilihat tersadai di dalam longkang di tepi jalan, namun tempat kejadian telah dibersihkan.

Dalam satu kenyataan Presiden Haiti Jovenel Moise menyuarakan kesedihan mendalam selepas kemalangan teruk itu.

Selepas insiden langgar lari pertama, pemandu mungkin panik dan cuba melarikan diri, menurut seorang anggota polis secara peribadi yang enggan campur tangan dalam siasatan kes.

Di hospital La Providence, anggota keluarga telah berada di samping ketika ramai mangsa terselamat dalam kemalangan itu masih dalam keadaan terkejut.

Sekurang-kurangnya seorang saksi yang terlantar mendakwa bas itu tidak memasang lampunya, mungkin sebahagian daripada usaha pemandu untuk melarikan diri.

Seorang wanita berharap agar cucunya yang terkorban dalam tragedi itu hanya seorang.

Guerda Fenelus menghalau lalat daripada menghurung muka cucu lelakinya Peterson yang tidak sedarkan diri.

Salah seorang cucu perempuan saya telah dibunuh oleh bas itu dan dia (Peterson) kini berada di sini.

Dia masih belum dapat bercakap tetapi masih hidup dengan alat bantuan oksigen,” kata wanita berusia 61 tahun itu.

Saya amat menderita melihat keadaannya.

Sekiranya dia boleh bercakap, saya mungkin mempunyai harapan,” keluh Fenelus. — AFP

Advertisement