Anda di sini

H5N1, H5N6 dilaporkan di Vietnam

Advertisement

HANOI: Vietnam mencatatkan kes selesema burung jenis H5N1 dan H5N6 di utara wilayah Cao Bang, lapor agensi berita China Xinhua memetik Institut Kesihatan dan Epidemiologi Kebangsaan (NIHE) semalam.   

Seramai 34 keluarga di Quoc Toan di Tra Linh dan sekeluarga di Song Bang dimasukkan ke hospital selepas di kawasan itu berlaku jumlah kematian tinggi membabitkan ayam dan sebab kematian tidak dapat dipastikan, lapor akhbar tempatan Tien Phong (Pioneer).

Bagaimanapun, selepas sampel diambil dan ujian dijalankan oleh NIHE mendapati kematian ayam di wilayah Tra Linh disebabkan selesema burung jenis H5N1 manakala di bandar Cao Bang mempunyai tanda-tanda jangkitan H5N6.

Wilayah itu terletak kira-kira 330 kilometer dari sempadan China tempat kes jangkitan selesema burung H7N9 dikesan. — Bernama

Advertisement