Anda di sini

Coca-cola Malaysia labur RM500j kembang kilang di Nilai

Advertisement
 Tunku Ali Redhauddin (tengah) menanam pokok sempena Majlis Pecah Tanah Pembesaran Kilang Coca-Cola Malaysia di Bandar Enstek, dekat Nilai, semalam. — Gambar Bernama
SIMBOLIK: Tunku Ali Redhauddin (tengah) menanam pokok sempena Majlis Pecah Tanah Pembesaran Kilang Coca-Cola Malaysia di Bandar Enstek, dekat Nilai, semalam. — Gambar Bernama

NILAI: Coca-cola Malaysia akan melabur sebanyak RM500 juta untuk mengembangkan saiz dan kapasiti pengeluaran kilangnya di Bandar Enstek, dekat sini.

 Ketua Pegawai Eksekutif Bottling Investment Group Singapura-Malaysia-Brunei, Stephen Lusk berkata pembinaan kemudahan seluas 4.047 hektar bersebelahan kilang sedia ada sekarang yang seluas 12.545 hektar dijangka bermula pada suku pertama tahun ini dan beroperasi sepenuhnya pada 2020.

 “Apabila siap kelak, Cocacola Malaysia akan mempunyai 1,000 kakitangan langsung, di samping mewujudkan 10,000 lagi pekerjaan tidak langsung dalam syarikat yang menyokong rantaian bekalan perniagaan,” katanya.

 Beliau berkata demikian pada upacara pecah tanah pengembangan kilang itu hari ini yang dirasmikan oleh Tunku Besar Seri Menanti, Tunku Ali Redhauddin Tuanku Muhriz. — Bernama  

Advertisement