Anda di sini

Celcom tawar hadiah RM1 juta untuk Game Hero

Advertisement
 Salleh (tengah) pada majlis pelancaran Celcom Game Hero.
HADIAH LUMAYAN: Salleh (tengah) pada majlis pelancaran Celcom Game Hero.

KUALA LUMPUR: Semua orang kini berpeluang menjadi hero dengan pelancaran Game Hero yang dilancarkan oleh Celcom Axiata Bhd baru-baru ini, pertandingan permainan mudah alih yang menawarkan hadiah berjumlah RM1 juta.

 Pertandingan hasil kerjasama dengan Techninier Sdn Bhd itu bermula 7 Mac sehingga 6 April, memerlukan peserta memuat turun aplikasi Sky Invasion 3D di Google Play dan Apple Store seterusnya berusaha meraih mata tertinggi.

 Bagi membolehkan pengguna berpeluang merebut hadiah bernilai RM1 juta, mereka perlu mendaftarkan diri terlebih dahulu.

 Pengguna sedia ada akan dikenakan bayaran sebanyak RM3/seminggu.

 Pelancaran Celcom Game Hero itu disempurnakan oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Salleh Said Keruak, dengan kehadiran Penasihat Kandungan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia, Norman H’ng.

  • oleh
  • Advertisement