SIRI animasi 3D ‘edutainment’ pertama di Asia untuk kanakkanak, Chichi & Chacha kini kembali lagi untuk menghibur sambil mendidik kanak-kanak dengan kandungan yang lebih hebat dan lebih menarik untuk musim ketiga bermula 18 Mac 2017 jam 9.30 pagi di slot Bananana TV3.
Chichi & Chacha yang dicetuskan untuk menarik perhatian minda kanak-kanak menggabungkan pelbagai elemen hiburan dan pendidikan menampilkan empat hos selebriti muda yang berinteraksi dengan watak-watak animasi 3D yang hidup di hutan magika sambil memperkenalkan nilai-nilai kehidupan dan pengetahuan am.
Disasarkan pada kanak-kanak tadika hingga sekolah rendah (6 – 8 tahun), Chichi & Chacha bertujuan untuk mewujudkan kandungan cerita 360 darjah di pelbagai platform di samping melengkapkan penonton dengan kemahiran hidup dan tanggungjawab yang diperlukan untuk menghadapi cabaran harian di dunia hari ini.
“Rancangan televisyen memainkan peranan yang penting dalam pertumbuhan dan perkembangan kanakkanak.
Justeru itu, adalah sangat penting untuk semua pihak memainkan peranan masing-masing di dalam konteks pertumbuhan dan perkembangan kanakkanak yang akan menjadi generasi pelapis masa depan negara.
“Selaras dengan nawaitu kami iaitu ‘Nurturing Future Leaders’, Chichi & Chacha memilih untuk memperkasakan peranan kami dengan menawarkan satu rancangan kanakkanak yang berkonsepkan ‘edutainment’ yang holistik dan bukan hanya memberi tumpuan pada nilai-nilai komersil,” ujar Farah Mahami, Pengarah Eksekutif Kumpulan Syarikat Educate to Learn Sdn. Bhd.
Setelah berjaya mencapai 6.1 juta penonton di seluruh negara dengan Chichi & Chacha Musim ke-2, Big Fish Media kini menawarkan siri ini untuk penonton TV3 bagi capaian penonton yang lebih meluas dan kandungan yang lebih relevan untuk penonton muda di slot Bananana.
Dengan suntikan kandungan ASEAN yang memperkenalkan budaya dan gaya hidup negara-negara ASEAN, penampilan tetamu khas dalam setiap episod dan penampilan hos baru, Shada; Chichi & Chacha Musim ke-3 ini turut meraikan kemajuan dan pencapaian belia muda Malaysia.
Bukan itu sahaja, tahun 2017 adalah tahun bagi Chichi & Chacha mengembangkan kandungannya ke luar kotak televisyen.
Siri ‘edutainment’ 10 episod Chichi & Chacha Musim ke-3 bukan sahaja boleh ditonton melalui televisyen, Big Fish Media juga turut memperkenalkan sebuah portal atau kedai atas talian (www. chichidanchacha.com. my) yang merangkumi video eksklusif Chichi & Chacha, saluran YouTube berkonsepkan seni dan kraf serta kit pembelajaran untuk kanak-kanak.
Menurut Farah, “Chichi & Chacha menawarkan peluang pembelajaran kepada kanak-kanak melalui persekitaran pembelajaran yang bermakna menerusi main dan keseronokan.
Asas kepada penghasilan Chichi & Chacha adalah menerusi nilai-nilai teras FIKIR – FUN, INTEGRITY, KNOWLEDGE, INSPIRING & REVOLUTIONARY.”
Jangan lupa untuk menonton siaran perdana Chichi & Chacha Musim ke-3 pada hari Sabtu, 18 Mac 2017, jam 9.30 pagi hanya di Bananana TV3.