Anda di sini

‘Redhaku Untukmu’ Telefilem Terbaik Anugerah Kaseh Tribute P.Ramlee

Advertisement
 Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr Sharifah Zarah Syed Ahmad (kanan) menyampaikan tro kepada Pengarah  lem ‘Redhaku Untukmu’, Dira Abu Bakar (tengah). — Gambar Bernama
TAHNIAH: Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr Sharifah Zarah Syed Ahmad (kanan) menyampaikan trofi kepada Pengarah filem ‘Redhaku Untukmu’, Dira Abu Bakar (tengah). — Gambar Bernama

TELEFILEM ‘Redhaku Untukmu’, arahan Dira Abu Zahar memenangi Telefi lem Terbaik pada malam kemuncak Anugerah Kaseh Tribute P. Ramlee 2016 yang diadakan di Kuala Lumpur baru-baru ini.

 Filem itu turut merangkul dua lagi gelaran iaitu Pengarah Terbaik dan Pelakon Wanita Terbaik menerusi lakonan Sharifah Sakinah.

 Kemenangan itu membolehkan telefi lem itu menerima trofi dan wang tunai RM20,000.

 Pelakon Lelaki Terbaik pula dimenangi oleh Che Kem atau nama sebenarnya Mohd Kamarulzaman Taib menerusi telefi lem bertajuk Sri Bulan.

 Majlis anugerah berkenaan disiarkan secara langsung di TV1 dari Auditorium Perdana, Angkasapuri.

 Turut hadir Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr Sharifah Zarah Syed Ahmad.

 Sementara itu, fi lem ‘Kembara Nak Dara’ meraih Anugerah Khas Juri dan menerima trofi dan wang tunai sebanyak RM5,000.

 Anugerah Kaseh Tribute P. Ramlee anjuran Radio Televisyen Malaysia  (RTM), Kumpulan Utusan dengan kerjasama Suhan Movies and Trading Sdn Bhd diadakan buat kali ketiga.

 Ia bagi mengiktiraf 15 telefi lem berdasarkan pengolahan daripada seni kata dan tajuk lagu Seniman Agung Allahyarham Tan Sri P. Ramlee.

 Pemilihan telefi lem terbaik bagi Anugerah Tribute P. Ramlee daripada kesemua telefi lem yang disiarkan dalam slot ‘Tribute P. Ramlee’ di saluran TV1 tersebut dibuat melalui penilaian juri profesional dan pengundian penonton.

 Kesemua 15 telefi lem yang bertanding pada majlis berkenaan ialah ‘Saling’, ‘Tanya Sama Pokok’, ‘Segalanya Dia’, ‘Biar Biola Berbicara’, ‘Sri Bulan’, ‘Hey Missy!’, ‘Kalau Jodoh Tak Ke Mana’.

 ‘Redhaku Untukmu’, ‘Putih Kemboja’, ‘Apek dan Siti’, ‘Peluang Kedua’, ‘Malam Ku Bermimpi’, ‘Kembara Nak Dara’, ‘Aku dan Dia’, dan ‘Sabotaj’.

 Antara artis yang membuat persembahan pada majlis itu ialah Datuk Siti Nurhaliza, Ziana Zain, Azharina Azhar, Zarul Umbrella, dan Acapella Color of Voices.  - Bernama

Advertisement