Anda di sini

Mahkamah Perlembagaan pecat presiden Korea Selatan

Advertisement
 Aktivis prokerajaan mengibarkan bendera negara menunjukkan potret Park ketika menyertai perhimpunan berhampiran Mahkamah Perlembagaan untuk membantah pendakwaan presiden oleh Parlimen dalam skandal rasuah berskala besar di Seoul, kelmarin. — Gambar AFP
TETAP SOKONG: Aktivis prokerajaan mengibarkan bendera negara menunjukkan potret Park ketika menyertai perhimpunan berhampiran Mahkamah Perlembagaan untuk membantah pendakwaan presiden oleh Parlimen dalam skandal rasuah berskala besar di Seoul, kelmarin. — Gambar AFP

SEOUL: Presiden Korea Selatan Park Geun-Hye dipecat oleh mahkamah tertinggi di negara ini semalam, selepas ia mengesahkan pendakwaannya oleh Parlimen dalam skandal rasuah berskala besar.

Keputusan sebulat suara membawa kepada kemuncak ketegangan politik selama beberapa bulan yang membawa berjuta-juta orang berkumpul di jalan raya dalam tunjuk perasaan mingguan, dan memicu pilihan raya presiden yang baharu diadakan dalam masa 60 hari.

Itu akan menawarkan satu peluang kepada Korea Selatan untuk melukis satu garisan di bawah skandal tersebut, yang telah mendapat perhatiannya selama beberapa bulan, malah ketika Korea Utara melakukan pelancaran dan ancaman misil baharu yang mendapat perhatian antarabangsa.

Park, presiden wanita pertama di negara ini, juga menjadi pemimpin pertama-nya yang dipecat akibat pendakwaan. Dia telah di-arahkan untuk meninggalkan Rumah Biru dan kehilangan kekebalan eksekutifnya dari pendakwaan.

Tindakannya “telah menjejaskan secara serius semangat bagi demokrasi perwakilan dan pelaksanaan undang-undang,” ketua hakim mahkamah perlembagaan Lee Jung-Mi berkata.

“Presiden Park Geun-Hye...telah dipecat.”

Kumpulan penyokong dan penentang yang bermusuhan telah memerhati ketika keputusan dibacakan secara langsung di dalam televisyen.

Penunjuk perasaan anti-Park bersorak dengan kegembiraan ketika keputusan telah dibacakan, menjerit dan memeluk satu sama lain, beberapa orang dilihat menangis. “Kami telah menang, kami telah menang,” laung mereka.

“Saya berasa sangat gembira sehingga tidak mampu menahan air mata lagi,” kata Shin Seo-Young, 43, sambil memeluk rakannya. “Ini adalah membalas dendam yang manis.”

Beberapa ratus meter dari situ, dan dipisahkan oleh kehadiran ramai anggota polis, penyokong presiden yang mengibarkan bendera kelihatan tergamam.

“Kami tidak menerima keputusan ini,” tegas Cho Bong-Am, 60, seorang penyelia tadika. “Kami akan berkumpul di jalanan bagi menentang hingga ke akhir-nya.”

Beberapa pergaduhan kecil berlaku ketika kumpulan pro-Park yang lebih tua cuba untuk mendaftar tentangan mereka, namun segera berjaya dikawal.

Park didapati bersalah melanggar undang-undang dengan membenarkan temannya Choi Soon-Sil – yang telah dibicarakan atas tuduhan salah guna kuasa – untuk campur tangan dalam hal ehwal negara, dan melanggar peraturan mengenai aktiviti kakitangan awam.

“Tindakan Park melanggar perlembagaan dan undang-undang telah mengkhianati kepercayaan rakyat,” kata hakim Lee, menyifatkan tindakannya sebagai “pelanggaran undang-undang yang serius dan tidak dapat diterima”.

Presiden “merahsiakan sepenuhnya campur tangan Choi dalam hal ehwal negara dan menafikan ia apabila kecurigaan mengenai tindakan itu muncul serta malah mengkritik mereka yang membangkitkan kecu-rigaan tersebut.”

Salah seorang peguam Park menyuarakan “kekesalan yang kuat” terhadap keputusan itu.

Namun Kwon Seong-Dong, seorang anggota perunda-ngan dan anggota jawatan-kuasa pendakwaan Parlimen, menyatakan keputusan itu mengesahkan kedaulatan undang-undang dan “semua orang termasuk presiden adalah sama di depan undang-undang.”

Serta parti Park sendiri, Liberty Korea telah memohon maaf, dengan pemimpin sementaranya berkata ia “gagal untuk melindungi maruah dan kehormatan Korea Selatan.”

Pilihan raya presiden dijangka akan diadakan pada 9 Mei. Calon utama adalah Moon Jae-In, bekas ketua pembangkang Parti Demokratik, yang mendapat sokongan sebanyak 36.1 peratus dalam pungutan suara Realmeter yang dike-luarkan kelmarin. — AFP

Advertisement