Anda di sini

Karnival Tawaran Terhebat Nissan berlangsung hari ini dan esok

Advertisement
 Ketua Cawangan Bilik Pameran ETCM Kuching 3S Chen Chee Kian (berdiri, dua kanan) merakam kenangan bersama kakitangannya dan Nissan Teana baharu.
KUNJUNGI KAMI: Ketua Cawangan Bilik Pameran ETCM Kuching 3S Chen Chee Kian (berdiri, dua kanan) merakam kenangan bersama kakitangannya dan Nissan Teana baharu.

KUCHING: Sebagai seba­hagian daripada sambutan ulang tahun ke-60 Tan Chong Group, Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd (ETCM) kini membawakan Karnival Tawaran Terhebat Nissan yang diadakan hari ini dan esok (12 Mac) di Pusat 3S ETCM Kuching, Jalan Pend­ing, mulai jam 10 pagi hingga 8 malam.

ETCM menawarkan Nis­san Almera 1.5L Automatik, dengan bayaran bulanan serendah RM600* dan sekali lagi memulakan Kempen Liga Juara-Juara UEFA Nissan untuk tahun ketiga.

Para pelanggan yang mem­beli kenderaan Nissan sepa­njang bulan Mac juga berpe­luang memenangi percutian ditanggung sepenuhnya dan menikmati pengalaman men­yaksikan perlawanan Liga Juara-Juara UEFA secara langsung di Eropah.

Rangkaian model Nissan yang inovatif akan disediakan untuk dipandu uji di karnival tersebut seperti Nissan X-Trail dengan Around View Monitor yang menawarkan pemandangan 360 darjah.

ETCM turut menyedi­akan rebat dan penjimatan menarik sehingga RM6,500 untuk model-model terpilih Nissan.

Skim Bayaran Muka 0% Faedah dan Promosi RM1 juga akan diteruskan.

Orang ramai dijemput un­tuk mengunjungi Karnival Tawaran Terhebat Nissan untuk menikmati aktiviti Liga Juara-Juara UEFA dan memenangi hadiah-hadiah menarik.

Maklumat lanjut, layari la­man web www.nissan.com. my atau hubungi Pusat Khid­mat Pelanggan Nissan ETCM di talian 1800-88-3838.

Advertisement