Anda di sini

Penjenayah tegar mengaku tidak bersalah rogol wanita warga asing

Advertisement

MIRI: Seorang penjenayah tegar mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen terhadap tuduhan merogol seorang wanita warga Indonesia.

Yee Chuen Khong @ Mohd Norsafik Abdullah, 39,dari Kampung Lereng Bukit di sini telah didakwa merogol seorang wanita warga Indonesia berusia 30 tahun.           

Dia didakwa melakukan kesalahan itu antara jam 6 pagi hingga 10 pagi, 19 Disember 2016 di sebuah lot di Jalan Palma 5, RPR Batu 6, Piasau di sini.

Bagi kesalahan itu, tertuduh merupakan warga negara Brunei telah didakwa mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan.

Mengikut kesalahan ini, tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara tidak kurang dari 10 tahun dan tidak melebihi 30 tahun serta boleh disebat, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, pegawai pendakwa Inspektor Mohd Khairi Mohd Noor memohon ditetapkan satu tarikh baharu untuk pengurusan kes memandangkan tertuduh telah mengaku tidak bersalah serta minta dibicara lanjut.

Hakim Steve Ritikos membenarkan permohonan itu dan menetapkan 17 Mac ini untuk pengurusan kes.

Manakala tertuduh diperintahkan supaya ditahan lanjut sementara menunggu tarikh tersebut.

Advertisement