Anda di sini

Polis India bunuh suspek disyaki pro-IS

Advertisement
 Anggota polis dan Skuad Anti Pengganas (ATS) berkawal di luar sebuah rumah di mana seorang suspek disyaki pro-IS sedang bersembunyi di Lucknow, India kelmarin. — Gambar Reuters
BERKAWAL: Anggota polis dan Skuad Anti Pengganas (ATS) berkawal di luar sebuah rumah di mana seorang suspek disyaki pro-IS sedang bersembunyi di Lucknow, India kelmarin. — Gambar Reuters

LUCKNOW: Polis India semalam menembak mati seorang suspek yang disyaki bersimpati dengan kumpulan Negara Islam (IS) dan, menurut mereka, terlibat dalam satu letupan kereta api yang mencederakan 10 orang.

Polis berkata mereka menamatkan ketegangan hampir selama 12 jam pada awal pagi dengan menyerbu rumah di mana suspek, dikenali sebagai Saifullah, bersembunyi di negeri utara Uttar Pradesh.

Kami telah menerima maklumat bahawa sebuah kumpulan yang ada kaitan dengan ISIS sedang dibentuk di sini dan seorang suspek yang dikaitkan dengannya mungkin bersembunyi di sini,” kata Aseem Arun dari skuad antikeganasan India kepada pemberita, yang merujuk kepada kumpulan IS.

Apabila kami memasuki bilik, dia menembak kami dan kami juga membalas. Kira-kira empat hingga lima butir peluru terkenanya dan kemudian Saifullah mati,” katanya.

Enam suspek lain sudah ditangkap berhubung letupan dalam sebuah kereta api kelmarin di mana sekurang-kurangnya 10 orang cedera.

Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) berhampiran tapak letupan kereta api di negeri jiran Madhya Pradesh membantu polis mengenal pasti suspek.

Polis dilaporkan menjumpai lapan pucuk pistol dan lebih 650 pusingan peluru, bahan letupan, emas dan pasport dari rumah tersebut, di pinggir ibu negeri Lucknow.

Rakaman televisyen me-nunjukkan polis membawa satu mayat yang dibungkus dengan cadar putih dari rumah itu.

Rahul Srivastava, jurucakap bagi ketua pengarah polis di Uttar Pradesh, berkata mereka sedang menyiasat hubungan Saifullah dengan IS.

Tahap pembabitannya dengan ISIS atau sejauh mana dia menerima fahaman radikal, adalah satu perkara siasatan,” katanya.

Mengambil kira pembabitannya dalam insiden letupan kereta api di MP (Madhya Pradesh), bahan, termasuk senjata dan peluru, yang dijumpai daripadanya, dia sebagai anggota sebuah kumpulan yang lebih besar, dan berdasarkan input lain, dia tidak kelihatan seperti sekadar mendapat inspirasi daripada ISIS.”

Pemimpin India berkata kumpulan IS tidak ada penga-ruh di negara yang mempunyai lebih 1.2 bilion manusia itu, yang mempunyai populasi Islam yang besar tetapi se-derhana. — AFP

Advertisement