Anda di sini

Letupan, tembakan gegar hospital tentera di Kabul

Advertisement

Tiada kematian segera dilapor, kakitangan perubatan yang terperangkap minta bantuan dalam media sosial

 Anggota polis berkawal di tapak letupan dan tembakan di Kabul, Afghanistan semalam. — Gambar Reuters
BERJAGA-JAGA: Anggota polis berkawal di tapak letupan dan tembakan di Kabul, Afghanistan semalam. — Gambar Reuters

KABUL: Satu letupan dan tembakan menggegarkan daerah diplomatik di Kabul semalam apabila pemberontak yang menyamar sebagai doktor menye-rang hospital tentera terbesar di Afghanistan, kata pegawai, manakala keadaan yang semakin tidak selamat menimpa negara yang musnah akibat peperangan.

Belum ada kumpulan pemberontak yang segera me-ngaku bertanggungjawab bagi serangan yang sedang berlaku ke atas Hospital Sardar Daud Khan, tetapi ia berlaku ketika kumpulan Taliban memper-tingkatkan serangan sebelum permulaan operasi serangan tahunan mereka pada musim bunga.

Tiada kematian segera dilaporkan tetapi kakitangan perubatan yang terperangkap dalam kemudahan berkenaan menulis pesan-pesan terdesak bagi bantuan dalam media sosial.

Penyerang berada di dalam hospital. Berdoa untuk kami,” tulis seorang anggota kakitangan hospital dalam Facebook.

Pentadbir hospital memberitahu AFP, tiga lelaki bersenjata yang memakai kot makmal putih melancarkan serangan selepas letupan berlaku, yang mencetuskan huru-hara di dalam kemudahan yang mempunyai 400 buah katil itu.

Penyerang menembak di semua tempat,” kata pentadbir Abdul Hakim kepada AFP menerusi telefon.

Kami cuba mengawal keadaan,” katanya dengan tergesa-gesa sebelum me-nutup telefon.

Serangan itu berlaku se-minggu selepas 16 orang maut dalam serangan nekad serentak oleh Taliban ke atas dua perkarangan keselamatan di Kabul.

Puluhan lagi cedera apabila penyerang bom kereta nekad bertindak ke atas sebuah balai polis Afghan di barat Kabul dan pertempuran selama lima jam menyusul selepas seorang lagi penyerang menyelinap masuk, yang menyebabkan awan asap naik berkepul-kepul ke udara.

Dalam serangan kedua, seorang pengebom nekad meletupkan diri di pagar sebuah cawangan agensi perisikan Afghan di timur Kabul.

Keganasan yang semakin meningkat menggariskan keadaan yang semakin tidak selamat di Afghanistan ekoran kemunculan semula kumpulan Taliban.

Negara itu sedang bersiap sedia untuk musim perang yang buruk pada musim panas selepas usaha demi usaha oleh kerajaan untuk memulakan rundingan damai dengan Taliban gagal.

Tentera Afghan, yang mengalami kematian tertinggi, pembelotan, dan “askar hantu” yang tidak wujud dalam senarai penerima gaji, menghadapi masalah untuk mengekang Taliban sejak tentera NATO pimpinan Amerika Syarikat (AS) menamatkan misi tempur mereka pada Disember 2014.

Kabul pada bulan lepas meluluskan seruan General John Nicholson dari AS bagi ribuan anggota tentera perikatan tambahan di Afghanistan untuk menangkis puak militan sebelum operasi serangan pada musim bunga.

Anggota tentera tambahan diperlukan untuk menamatkan kebuntuan dalam peperangan itu, kata Nicholson, panglima tertinggi AS di Afghanistan, kepada Kongres AS dalam ujian strategi tentera besar yang pertama bagi Presiden Donald Trump.

Dalam perkembangan ber-asingan, Pentagon pada tahun ini berkata ia akan menge-rahkan kira-kira 300 anggota Marin AS pada musim bunga ini ke wilayah Helmand sahaja.

Anggota Marin akan membantu misi pimpinan NATO untuk melatih tentera Afghan, dalam tanda terbaharu bahawa tentera asing semakin diheret semula ke dalam konflik yang semakin buruk itu. — AFP

Advertisement