Anda di sini

Lelaki dakwa diri ‘anak’ Jong-nam muncul dalam video

Advertisement
ANAK JONG-NAM?: Penduduk Korea Selatan menonton berita di televisyen menunjukkan gambar video seorang lelaki mendakwa diri sebagai anak lelaki Jong-nam, Han-sol, di stesen kereta api di Seoul semalam. — Gambar AFP
ANAK JONG-NAM?: Penduduk Korea Selatan menonton berita di televisyen menunjukkan gambar video seorang lelaki mendakwa diri sebagai anak lelaki Jong-nam, Han-sol, di stesen kereta api di Seoul semalam. — Gambar AFP

SEOUL: Video seorang lelaki yang mendakwa diri anak kepada warga Korea Utara yang hidup dalam buangan dan dibunuh baru-baru ini, Kim Jong-nam, muncul semalam, dipercayai kali pertama seorang anggota keluarga bercakap mengenai pembunuhan itu.

Agensi perisikan Korea Selatan mengesahkan individu dalam video berkenaan – yang dimuat naik ke laman YouTube milik sebuah kumpulan tidak dikenali sebelum ini yang memanggil diri Pertahanan Awam Cheollima (CCD) – adalah Kim Han-sol.

Bapanya dibunuh di lapa-ngan terbang utama Malaysia pada bulan lepas oleh dua wanita yang menggunakan agen saraf terlarang VX, dan Pyongyang dituduh ramai bagi pembunuhan itu.

Lelaki itu sememangnya Kim Han-sol,” kata seorang jurucakap bagi Khidmat Perisikan Negara kepada AFP.

Jurucakap itu enggan memberi maklumat lanjut, ter-masuk lokasi Han-sol sekarang atau sebarang maklumat mengenai CCD.

Dalam video itu, lelaki itu berkata dalam Bahasa Inggeris: “Nama saya adalah Kim Han-sol, dari Korea Utara, sebahagian daripada keluarga Kim.

Bapa saya dibunuh bebe-rapa hari yang lalu. Saya se-karang bersama ibu dan saudara perempuan saya. Kami sangat bersyukur kepada …” katanya, sebelum audio terputus dan pergerakan mulutnya dihitamkan.

Dia menunjukkan pasport diplomatiknya dari Korea Utara sebagai bukti bagi identitinya tetapi laman yang menunjukkan butirannya ditutup secara digital.

Video selama 40 saat itu berakhir dengan kenyataannya: “Kami harap ini akan bertambah baik tidak lama lagi.”

Tiada tanda yang menunjukkan lokasi atau bila sebenarnya video itu dirakam.

Han-sol, 21, dipercayai lulus dari Universiti Sciences Po di Paris dan sudah hidup dalam buangan bersama ibu bapanya dalam wilayah Macau di China sebelum dia lenyap bersama ibu dan saudara perempuannya ekoran kematian bapanya. 

Disebabkan oleh salasilahnya, Han-sol boleh dilihat sebagai pencabar di sebuah negara yang diperintah oleh bapa saudaranya Kim Jong-un dan dihantui penghapusan berdarah.

Dalam laman sesawangnya 0 yang didaftarkan hanya Sabtu lepas – CCD berkata ia melindungi keluarga Jong-nam.

Khidmat Pertahanan Cheollima bertindak pada bulan lepas kepada permintaan kecemasan oleh anggota keluarga Jong-nam yang selamat untuk dikeluarkan dan dilindungi. Tiga anggota keluarga dijumpai serta-merta dan dipindahkan ke tempat selamat,” katanya, juga dalam bahasa Inggeris.

Kami pada masa lalu pernah menangani keperluan segera lain untuk perlindu-ngan,” tegasnya.

Ini adalah kenyataan pertama dan terakhir mengenai perkara khusus ini, dan lokasi keluarga ini sekarang tidak akan dimaklumkan.”

Kumpulan itu turut meng-ucapkan terima kasih kepada negara lain “di atas bantuan kemanusiaan kecemasan yang diberikan kepada kami untuk melindungi keluar-ga ini” termasuk Belanda, China dan Amerika Syarikat, selain kerajaan keempat yang tidak dinyatakan nama-nya. — AFP

Advertisement