Anda di sini

Filem ‘Beauty and Beast’ Disney diberi penarafan 16+ di Rusia

Advertisement
__alt__

RUSIA pada Selasa berkata filem terbaharu Disney, ‘Beauty and Beast’ akan ditayangkan di negara itu namun hanya untuk tontonan orang dewasa selepas penggubal undang-undang yang sangat konservatif mendesak filem itu diharamkan tayangannya kerana menampilkan unsur homoseksual.

Seorang jurucakap bagi kementeriaan kebudayaan berkata “filem itu dikeluarkan dengan sijil umur 16+,” lapor agensi berita RIA Novosti.

Pengarah filem Bill Condon sebelum ini telah mendedahkan bahawa filem itu mengandungi “masa gay secara eksklusif” yang pertama untuk filem Disney walaupun beberapa pengkritik telah berkata ia tidaklah begitu ketara.

Disney telah mengumumkan sebelum ini bahawa filem itu sebagai 6+ dalam kempen promosinya untuk Rusia, di mana ia dijangka akan ditayangkan pada 16 Mac.

Syarikat Walt Disney Rusia & CIS mengesahkan penarafan umur 16+ dalam satu kenyataan yang dihantar kepada AFP. Seorang jurucakap berkata syarikat itu tidak akan membuat sebarang komen.

Penggubal undang-undang kebangsaan Vitaly Milonov pada Sabtu lepas meminta Menteri Kebudayaan Vladimir Medinsky menyemak semula filem itu kerana melanggar satu undang-undang kontroversi yang mengharamkan ‘propaganda gay’ kepada mereka yang di bawah umur.

Milonov ialah salah seorang ketua penggubal undang-undang Presiden Vladimir Putin yang ditandatangani pada tahun 2013 walaupun mendapat kutukan antarabangsa.

Milonov pada Selasa berkata yang dia berpuas hati dengan sekatan umur baharu itu. Dia berkata ia menyasarkan untuk mengenakan “standard toleransi baharu Eropah supaya (kanak-kanak) berfikir ini ialah semua norma.”

Dalam suratnya kepada menteri kebudayaan, Milonov memanggil filem Disney “propaganda tidak tahu malu yang terang terangan dosa dan hubungan seks sumbang.”

Dia menggesa filem itu diharamkan dari pawagam jika ia didapati mengandungi “unsur propaganda homoseksual.”

Undang-undang itu mengharamkan penyebaran maklumat yang boleh menarik minat mereka di bawah umur dalam “hubungan seks tidak tradisional.” Ia telah digunakan sebagai satu alasan untuk larangan acara-acara kebanggaan gay.

Dengan pandangan yang lantang, Milonov telah menyerang semuanya dari Facebook hinggalah Eurovision Song Contest dan menggesa penubuhan polis moraliti untuk mendenda mereka yang melanggar “nilai tradisi”.

Rusia mendekriminalisasi homoseksual pada tahun 1993 dan hanya pada 1999 mengangkat pengela-sannya sebagai satu sakit jiwa. — AFP

Advertisement