Anda di sini

Bali pertahan keputusan tidak tutup patung sewaktu lawatan Raja Salman

Advertisement

DENPASAR: Pulau peranginan Hindu di Indonesia, Bali, semalam mempertahankan keputusan untuk tidak menutup mana-mana patung dewa dan wanita separuh bogel yang terdapat di merata-rata tempat di sana sewaktu lawatan raja Arab Saudi.

Raja Salman dan rombongan seramai 1,000 wakil delegasi sedang menikmati percutian selama seminggu di Bali selepas melakukan lawatan rasmi ke Jakarta, dalam lawatan pertama oleh seorang raja Arab Saudi ke Indonesia dalam tempoh hampir setengah abad.

Ketika baginda berjumpa dengan Presiden Joko Widodo untuk mengadakan rundin-gan di sebuah istana di Bogor, berhampiran ibu negara, pegawai menyembunyikan beberapa patung bogel di pekarangan istana dengan menutupinya menggunakan kain dan meletakkan tumbuh-tumbuhan di sekelilingnya sebagai tanda hormat kepada raja Islam itu.

Namun pegawai di Bali – sebuah kawasan agama Hindu yang kecil dalam negara dengan majoriti penduduk Islam paling besar di dunia – berkata mereka tidak akan memberi penghormatan yang sama.

Pulau itu, yang menarik jutaan pelawat asing setiap tahun ke pantainya yang dibarisi pokok palma, mempunyai banyak patung dewa Hindu dan wanita yang mempamerkan payu dara. Pada masa silam, wanita Bali sering memakai sarung sahaja yang tidak menutup dada mereka.

Kami akan membiarkan patung-patung itu seadanya, kita tidak perlu menutup apa-apa kerana ia adalah budaya kami,” kata jurucakap kerajaan tempatan Bali, Dewa Mahendra, kepada AFP.

Dia berkata ia “adalah ciptaan kebudayaan, ia adalah kesenian”.

Pihak berkuasa tempatan tidak menerima permintaan daripada raja Arab Saudi atau rombongan baginda untuk menyembunyikan sebarang patung daripada pemanda-ngan, kata Mahendra, yang menambah mereka lebih fokus kepada usaha memasti-kan keselamatan baginda.

Tafsiran Islam yang keras melarang penciptaan imej bagi orang yang hidup – se-perti patung wanita – dan penyembahan berhala.

Baginda dan rombongan baginda tinggal di lima buah hotel mewah untuk percutian itu, yang berakhir Ahad ini.

Tempat lain telah menutup patung bogel untuk pemim-pin Islam yang melawat. Pada tahun lepas, sebuah muzium di Rom menutup ukiran bogel klasik dalam kartun kayu sementara sewaktu lawatan Presiden Iran, Hassan Rouhani.

Lawatan ke Indonesia me-rupakan antara acara kemun-cak dalam jelajah Raja Salman selama tiga minggu ke Asia. Baginda memulakan lawatan di Malaysia dan baginda juga akan melawat Jepun, China dan Maldives. — AFP

Advertisement