Anda di sini

Australia mengalami musim panas dengan rekod melampau

Advertisement

SYDNEY: Australia meng-alami musim panas dengan rekod melampau, kata saintis semalam dengan perubahan iklim dijangka akan meningkatkan lagi kekerapan dan keadaan lebih buruk feno-mena seperti ini.

Gelombang panas melam-pau, kebakaran semak dan banjir melanda musim panas Disember-Februari dengan lebih 200 rekod dipecahkan dalam 90 hari, menurut Majlis Iklim dalam satu laporan.

Perubahan iklim – di-sebabkan sebahagian besar oleh pembakaran arang batu, minyak dan gas – meningkatkan lagi cuaca menjadi melampau, menurut laporan “Angry Summer”.

Hari-hari suhu melampau dan gelombang suhu akan menjadi lebih kerap dan buruk di Australia, dan akan meningkatkan lagi risiko infrastruktur penting (elek-trik), ekonomi, kesihatan dan ekosistem.”

Australia sudah dipanaskan dengan pertambahan 1 darjah Celsius sejak 1910, menurut laporan dua tahun sekali ne-geri daripada Biro Meteo-rologi dan Sains Kebangsaan, CSIRO, yang dikeluarkan pada bulan Oktober.

Ketika kebakaran semak adalah biasa pada musim panas di Australia, perubahan iklim semakin meningkatkan suhu darat dan laut dan menyebabkan hari yang lebih pantas dan musim kebakaran semak dan hutan lebih teruk.

Bagi Australia, ia lebih sukar untuk melihat impak perubahan iklim kerana kami mempunyai cuaca pelbagai juga,” kata Will Steffen, saintis iklim di Majlis, kata AFP.

Tetapi cuaca buruk kami menjadi sangat buruk di mana kami sebenarnya boleh melihat pengarah perubahan iklim lebih awal.”

Steffen menambah bahawa fenomena cuaca seperti ini akan menjadi lebih buruk “dalam beberapa dekad akan datang” ketika usaha me-ngurangkan pengeluaran asap menyaingi pertambahan tahap karbon dioksida dalam atmosfera.

Australia adalah salah satu pencemar gas rumah hijau terburuk per kapita kerana penggunaan tenaga berasas arang batu dengan banyak.

Biro Meteorologi berkata minggu lepas di mana bandar raya terbesar Australia, Sydney, mengalami musim panas paling panas pernah dicatat-kan ketika “rekod dipecahkan untuk jumlah hari siang dan malam yang panas seluruh bandar raya”.

Suhu merekodkan catatan baharu di bandar raya di Brisbane dan Canberra untuk tempoh yang sama sementara di barat, Perth merekodkan salah satu mu-sim panas paling lembab, tambah biro.

Pakar tenaga Majlis, Andre Stock, memberitahu AFP di mana perubahan iklim adalah kunci kepada risiko infra-struktur tenaga tidak dibenar untuk menampung keadaan cuaca melampau.

Australia Selatan tahun lepas mengalami bekalan elektrik terputus di seluruh negeri selepas angin kencang daripada ribut menumbangkan me-nara elektriknya. — AFP

Advertisement