Anda di sini

Mahkamah tetapkan 28 Mac sebutan semula kes jurutol cederakan bayi

Advertisement
 Mastura diiringi anggota polis ke Mahkamah Sesyen di Kajang, semalam berhubung kes bayi lelaki yang baHAru dilahirkan dijumpai cedera di dalam longkang di tempat kerjanya 6 Januari lalu. — Gambar Bernama
DITUDUH: Mastura diiringi anggota polis ke Mahkamah Sesyen di Kajang, semalam berhubung kes bayi lelaki yang baHAru dilahirkan dijumpai cedera di dalam longkang di tempat kerjanya 6 Januari lalu. — Gambar Bernama

KAJANG: Mahkamah Sesyen di sini semalam menetapkan 28 Mac untuk sebutan semula kes seorang jurutol wanita yang didakwa mencederakan bayinya yang baru dilahirkan, awal tahun ini.

Hakim Noridah Adam menetapkan tarikh itu selepas Timbalan Pendakwa Raya Siti Balkiah Abdul Yazaid memaklumkan bahawa dokumen perubatan kes tertuduh, Mastura Shari, 32, masih belum siap.

Pada 14 Feb lepas, Mastura mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menyebabkan kecederaan yang boleh menyebabkan kematian terhadap seorang bayi lelaki, di Pejabat Tol Bukit Kajang, Hulu Langat di sini antara jam 4.20 petang dan 5.40 petang, 6 Jan.

Wanita itu yang belum berkahwin didakwa mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun, jika sabit kesalahan.

Media sebelum ini melaporkan seorang bayi lelaki yang masih bertali pusat ditemui bersama uri di dalam longkang berhampiran pejabat Plaza Tol Bukit Kajang, Lebuh Raya Lingkaran Penyuraian Trafik Kajang (Silk).

Bayi itu yang mengalami kecederaan luaran dengan kesan lebam dan calar pada paha, rusuk kanan serta pipi ditemui dalam keadaan bogel oleh sepasukan anggota unit peronda lebuh raya. — Bernama

Advertisement