Anda di sini

Lelaki diarah bela diri tuduhan edar dadah seberat 1,402 gram

Advertisement

KOTA KINABALU: Mah-kamah Tinggi di sini kelmarin, memerintahkan seorang lelaki membela dirinya pada 18 April tahun ini, atas pertuduhan mengedar dadah seberat 1,402 gram.

Hakim Datuk Nurchaya Arshad keputusan itu terhadap Koh Kang Yau, 27, yang didakwa mengikut Seksyen 39B (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Dalam penghakiman itu, mahkamah berpuas hati bahawa pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap tertuduh.

Sekiranya disabitkan bersalah atas pertuduhan itu, tertuduh yang diwakili peguam Ram Singh boleh dikenakan hukuman gantung mandatori.

Koh yang berdiri di dalam kandang tertuduh memberitahu mahkamah, akan memberikan keterangan bersumpah di dalam kandang saksi, ketika pembelaan nanti.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu pada 6 Mac 2015 jam 11.15 pagi, di Balai Ketibaan, Terminal 1, Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (LTAKK), di sini.

Ram juga memberitahu mahkamah, hanya seorang saksi akan dipanggil untuk memberikan keterangan, iaitu tertuduh sendiri.

Kini Koh terus direman mengikut Seksyen 259 Kaedah Tatacara Jenayah, yang mana tidak dibenarkan diikat jamin sehingga kes selesai.

Pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwaraya dari Jabatan Kastam.

Advertisement