Anda di sini

Wanita Nigeria membantah Boko Haram

Advertisement

MAIDUGURI: Beribu-ribu wanita Nigeria dipaksa meninggalkan rumah mereka oleh pejuang jihad Boko Haram telah mengadakan satu bantahan kelmarin bagi menuntut syarat-syarat yang lebih baik ketika utusan Pertubuhan Keselamatan PBB melawat kem mereka, menurut seorang wartawan AFP.

Penunjuk perasaan telah menuduh pihak berkuasa tempatan dan beberapa buah agensi bantuan sebagai memburukkan lagi salah satu dari krisis kemanusiaan terburuk di dunia, yang menurut PBB sebagai menyebabkan Nigeria timur laut ini berada di ambang kebuluran.

Mereka turut menuduh beberapa buah agensi bantuan tempatan sebagai mengalihkan bantuan yang seharusnya diserahkan kepada 15,000 orang yang kehilangan tempat tinggal menetap di kem Teachers Village berhampiran dengan bandar utama Maiduguri.

Wanita tersebut mengadakan bantahan mereka ketika 15 orang duta dari badan pembuatan keputusan penting di PBB melawat kem di timur laut Nigeria, cuba untuk menarik perhatian dunia kepada kecemasan yang menjejaskan 21 juta orang di wilayah Lake Chad.

Wilayah yang terletak di Nigeria, Chad, Cameroon dan Niger. Beberapa orang wakil PBB telah melawat kesemua empat buah negara di dalam misi mereka, yang bermula pada Jumaat lepas di Cameroon dan akan berakhir semalam di Abuja.

Krisis kecemasan kemanusiaan yang melanda kawasan itu adalah berpunca dari keganasan Boko Haram, yang meletus di Nigeria pada 2009. pentadbiran yang kurang baik dan perubahan iklim turut menjadi penyumbang utama kepada krisis tersebut.

Kami memberitahu delegasi PBB mengenai penderitaan kami selama ini. Terdapat tiada makanan, terdapat tiada apa-apa yang bagus di sini untuk kami,” menurut Hajja Falmata berusia 28 tahun, selepas beliau dan beberapa orang wanita lain yang tidak tempat tinggal menemui para utusan itu selama setengah jam.

Kami telah dihalau keluar dari rumah kami oleh Boko Haram dan kami datang ke Maiduguri untuk mendapatkan perlindungan, namun malangnya kami tidak dirawat dengan baik,” tambah beliau.

Dalam satu kenyataan kelmarin, PBB menyatakan kunjungannya ke Nigeria adalah ditujukan pada pengumpulan “maklumat pertama mengenai pelbagai isu yang menjejaskan negara…

Kunjungan utusan PBB bermula seminggu selepas Setiausaha Agung PBB Antonio Guterres membangkitkan tentang perkara mengenai ancaman kebuluran di timur laut Nigeria, pusat utama bagi keganasan Boko Haram.

PBB sedang mendapatkan $1.5 bilion bagi pembiayaan untuk 2017 bagi wilayah Lake Chad, hampir separuh daripadanya diperlukan bagi timur laut Nigeria, di mana 5.1 juta orang berdepan dengan masalah kekurangan makanan yang akut.

Sebanyak 14 buah negara penyumbang telah menjanjikan $672 juta dalam bentuk bantuan kecemasan. Ketika jumlah tersebut hanya sebahagian daripada apa yang diperlukan, PBB bersikap optimistic bahawa sasarannya akan dipenuhi. — AFP   

Advertisement