Anda di sini

Maharaja, maharani Jepun lawat Thailand

Advertisement
 Akihito dan Michiko (tengah) tiba di Balai Singgahsana Istana Agung untuk memberi penghormatan kepada mendiang Bhumibol di Bangkok, kelmarin. — Gambar Reuters
SAMBUTAN DIRAJA: Akihito dan Michiko (tengah) tiba di Balai Singgahsana Istana Agung untuk memberi penghormatan kepada mendiang Bhumibol di Bangkok, kelmarin. — Gambar Reuters

BANGKOK: Maharaja Akihito dan Maharani Michiko tiba di Bangkok kelmarin untuk memulakan lawatan negara ke Thailand selain memberi penghormatan kepada mendiang Raja Thailand Raja Bhumibol Adulyadej, lapor agensi berita Vietnam (VNA).

Pasangan diraja yang mempunyai hubungan rapat dengan Raja Thailand Rama IX itu meletakkan kalungan bunga dan menandatangani buku takziah.

Selepas itu maharaja dan pasangannya dijadual bertemu dengan Raja Maha Vajiralongkorn atau Rama X.

Kali terakhir maharaja dan maharani Jepun melawat Thailand pada 1991 yang juga merupakan lawatan rasmi ke luar negara yang pertama sejak menduduki takhta.

Pada 2006 pasangan diraja mengunjungi Bangkok untuk menghadiri sambutan ulang tahun ke-60 Raja Bhumibol.

Hubungan diplomatik kedua-dua negara telah terjalin lebih 130 tahun.

Akihito tiba bersama Michiko sejurus meninggalkan bandar tengah Hue setelah enam hari melawat buat kali pertama negara komunis Asia Tenggara Vietnam.

Lawatan itu merupakan siri jelajah ke lokasi-lokasi bekas perang. — Bernama

Advertisement