Anda di sini

Daerah kecil Sundar bakal berubah wajah

Advertisement

Sejumlah RM15 juta dibelanjakan laksana pembinaan tebingan sungai, jeti Sundar

 Awang Tengah (tiga kiri) bersama yang lain menunjukkan pelan Tebingan Sundar kelmarin.
MEMBANGUN: Awang Tengah (tiga kiri) bersama yang lain menunjukkan pelan Tebingan Sundar kelmarin.

LAWAS: Daerah kecil Sundar bakal berubah wajah dengan limpahan pelbagai projek pembangunan giat dilaksanakan bagi membangunkan kawasan luar bandar di daerah ini.

Menteri Perancangan Sumber dan Alam Sekitar Kedua Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata sejumlah RM15 juta dibelanjakan untuk pelaksanaan projek pembinaan tebingan sungai dan jeti Sundar yang kini 75 peratus dalam pembinaan.

Projek pembangunan tebingan sungai dan jeti Sundar dilihat bakal menjadi pemangkin kepada pembangunan ekonomi dan sosial sekali gus mengubah wajah daerah kecil Sundar,” katanya pada lawatan kerja ke Sundar di sini kelmarin.

Turut hadir Pegawai Daerah Lawas Hussaini Hakim, Penguasa Jabatan Tanah Survei Bahagian Limbang Arni Abdul Rahman, Jurutera JKR Limbang Noor Ismail Razali dan Pegawai Tadbir Daerah Kecil Sundar Ladin Atok.

Menteri Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan, Perdagangan dan Pelaburan itu berkata, projek itu mengubah wajah dan landskap Sundar dijadikan kawasan pertemuan, riadah, pembangunan aktiviti ekonomi dan perniagaan.

Awang Tengah juga mahu projek itu dapat disiapkan mengikut jadual yang ditetapkan.

Menurutnya, bagi membolehkan pelbagai aktiviti dapat diadakan seperti sukan air, Regata Sundar dan banyak lagi aktiviti boleh menyumbang kepada peningkatan cara hidup sihat di sini.

Ketika meninjau projek di pekan Trusan, beliau mahu kontraktor dan agensi kerajaan terlibat memantau lebih dekat pelaksanaan sesebuah projek.

Katanya semua projek lewat diberi lanjutan tempoh menyiapkan mesti dipantau ketat agensi bertanggungjawab khususnya di kawasan Kampung Punang dan Kuala Lawas.

Untuk Trusan sejumlah RM1 juta dibelanjakan untik pembinaan masjid baharu Trusan yang memasuki fasa pertama serta RM250,000 pembinaan  jalan pintas dari Kampung Gelapas ke Kampung Menengah Trusan.

Penambahbaikan jalan pintas itu melibatkan pembinaan bulatan dan penambahan pembetung laluan air yang dilaksanakan sebaik mendapat peruntukan tambahan,” jelasnya.

Mengulas mengenai projek menaik taraf kedai di kawasan itu, ia menumpukan kepada pembangunan mendirikan rumah kedai serta kawasan perumahan.

Ini secara langsung mengubah landskap pekan Trusan menjadi pekan persinggahan terpenting di Lawas kerana terletak di kawasan strategik bersebelahan Temburong, Brunei.

Awang Tengah mengingatkan masyarakat di Trusan agar terus memberi kerjasama kepada kerajaan memastikan segala perancangan memberi impak secara langsung kepada mereka direalisasikan.

Beliau optimis dengan perkembangan positif ini, pekan Trusan  menjadi antara nadi kepada pertumbuhan ekonomi di daerah Lawas secara keseluruhannya.

  • oleh
  • Advertisement