Anda di sini

Idris Khan terbit filem sendiri ‘KL Wangan’

Advertisement
__alt__

FILEM ‘KL Wangan’, fi lem pertama hasil Centro Pictures Sdn Bhd, syarikat milik pelakon dan juga peragawan popular Idris Khan bakal ditayangkan di pawagam Julai ini.

 Filem tersebut merupakan kerjasama di antara syarikat beliau, yang menerbitkan fi lem dokumentari dan drama bersiri, dengan Pekin Ibrahim serta Volkswagen.

 “Kami ingin membawa kelainan atau perubahan kepada industri dari sudut pandangan kami sendiri dan cuba hasilkan produk-produk yang boleh tembusi pasaran luar Negara,” jelas Idris pada majlis pelancaran PicoWay, teknologi laser terkini oleh Pakar Kulit Ko baru-baru ini.

 Centro Pictures juga bakal menyertai Festival Filem Cannes dengan mempertaruhkan ‘featured documentary’ bertajuk ‘Madness Of Borneo’ dan Idris sendiri terlibat dalam pembikinan ‘Marco Polo Season 3’ yang akan disiarkan di Netfl ix.

 Idris yang baharu selesai pembikinan drama versiri terbaru ‘Selamat Malam Tan Sri’ berkata, beliau berpegang pada prinsip bertanya dalam menghasilkan sesuatu yang baharu dan perkara ini membantunya untuk menambah baik idea yang sudah sedia ada.

 BANYAK BERTANYA “Sebagai contoh saya banyak bertanya dengan Pekin dan juga Kak Sheila Rosli yang lebih arif dalam penghasilan drama tv.

 Mereka tidak kedekut untuk berkongsi nasihat Idris Khan terbit ­ lem sendiri ‘KL Wangan’ dan tunjuk ajar.

 Bagi saya penting untuk bertanya pendapat dan sedikit sebanyak kita dapat menggabungkan idea kita sendiri dan InsyaAllah akan dapat manghasilkan produk yang terbaik,” kata pelakon yang pernah popular dengan drama ‘Duda Terlajak Laris’.

 Idris yang menceburi dunia peragaan selama sembilan tahun, mengamalkan gaya hidup yang sihat bagi menjaga penampilan dirinya.

 Menurut Idris, penampilan adalah perkara utama bagi dirinya kerana penampilan adalah ‘fi rst impression’ dari pihak lain menilai dirinya.

 Dengan penampilan yang bersih dan kemas, orang di sekeliling akan merasa lebih selesa dan senang untuk berinteraksi tanpa sebarang gangguan.

 “Kelihatan ‘presentable’ adalah sebahagian daripada diri saya.

 Saya percaya dalam dunia ini jika kita nak berjaya, penampilan itu adalah sangat penting kerana orang lebih senang dekat dan yakin dengan kemampuan diri kita,” jelas Idris.

 Antara tips yang dikongsi adalah dengan menjaga pemakanan seharian kerana melalui pemakanan yang sihat dan betul, kulit akan menjadi lebih baik dan tubuh badan akan lebih sihat dan segar.

 Bagi mereka yang ingin tahu lebih lanjut mengenai perkembangan Idris Khan boleh ikuti akaun Instagram miliknya, ‘TheIdrisKhan’.  — Bernama

  • oleh
  • Advertisement