Anda di sini

Veteran Royal Marines British lawat tugu peringatan

Advertisement
 Ahli-ahli veteran Royal Marines British mengadakan lawatan ke tugu peringatan di Limbang, baru-baru ini.
DIKENANG: Ahli-ahli veteran Royal Marines British mengadakan lawatan ke tugu peringatan di Limbang, baru-baru ini.

TANGGAL 8 hingga 12 Disember 1962 akan menjadi tarikh bersejarah bagi penduduk di Limbang dan negeri ini bagi memperingati perjuangan para pejuang yang terkorban semasa menentang penjajah.

Seramai empat polis Sarawak dan 42 Komando Royal Marines British terkorban dalam satu pemberontakan yang berlaku pada tarikh keramat itu.

Mereka yang terkorban ialah Kim Huat, Bujang Mohamed, Insoll Chundang, Wan Jamaluddin Tunku Alen serta 42 Komando Royal Marines British.

Bagi mengingati pemergian para pejuang negara dan 42 Komando Royal Marines British, tugu peringatan pahlawan berhadapan Balai Polis Limbang dibina sebagai tanda memperingati pengorbanan mereka.

Kesemua nama para pejuang itu terpahat kukuh dan boleh disaksikan sehingga kini di atas tugu peringatan tersebut yang terletak di hadapan balai polis Limbang.

Tugu peringatan itu dibina pada tahun 1963 berhampiran kawasan Bot Kraf Z pertama yang mendarat.

Ahli-ahli veteran Royal Marines British yang berada di Brunei turut mengadakan lawatan ke tugu peringatan itu baru-baru ini bagi mengenang pemergian askar-askar marin mereka selepas 55 tahun.

Mereka turut meletakkan kalungan bunga serta berdoa di hadapan tugu peringatan itu sambil ditemani oleh sahabat dan kenalan mereka yang juga penduduk tempatan Chua Eng Hin.

  • oleh
  • Advertisement