Anda di sini

Tiga tentera ditembak mati di pasar

Advertisement
 Tiga anggota pasukan keselamatan dan seorang awam maut dalam kejadian tembakan di pasar malam di daerah Mayo, Pattani di selatan Thailand malam kelmarin. — Gambar Bernama
TEMUI AJAL: Tiga anggota pasukan keselamatan dan seorang awam maut dalam kejadian tembakan di pasar malam di daerah Mayo, Pattani di selatan Thailand malam kelmarin. — Gambar Bernama

BANGKOK: Tiga tentera Thai ditembak mati di depan orang ramai yang ketakutan di pasar malam yang sibuk di wilayah selatan Thailand yang dibelenggu oleh konflik berdarah, kata polis semalam, dalam keganasan yang me-rencat perkembangan dalam rundingan damai.

Pemberontakan selama 134 tahun yang kurang mendapat liputan di wilayah paling selatan oleh pemberontak Melayu Islam terhadap negara Thai yang majoriti penduduknya beragama Buddha telah mengorbankan lebih 6,800 orang.

Jumlah tersebut meningkat pada lewat kelmarin selepas penyerang bersenjata melepaskan tembakan ke arah tiga tentera berpakaian preman ketika mereka meronda sebuah pasar malam di daerah Mayo di wilayah Pattani.

“Mereka ditembak oleh tujuh atau lapan penyerang bersenjata,” Kapten Muhamad Maadwang dari balai polis Mayo memberitahu AFP.

“Mereka tidak mempunyai peluang untuk membalas tembakan, kesemua mereka ditembak mati di tempat kejadian,” kata beliau, sambil menambah bahawa pihak militan disyaki melakukan serangan tersebut.

Wang ganjaran berjumlah $14,000 telah ditawarkan bagi penahanan penyerang bersenjata itu, lapor media tempatan.

Pada kira-kira waktu yang sama seorang lelaki Islam berusia 44 tahun terbunuh di daerah yang sama dalam kejadian tembakan rambang, kata polis.

Pada awal hari tersebut sebuah keluarga seramai empat orang – termasuk seorang kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun – ditembak mati di sebatang jalan raya terpencil ketika mereka memandu ke sekolah, satu serangan yang mendapat kecaman meluas.

Pengganas, yang beroperasi dalam kumpulan yang ketat dan berahsia, jarang mengaku bagi serangan mereka.

Namun mereka sering melakukan serangan balas terhadap tindakan keselamatan tertentu atau pada peringkat penting bagi rundingan damai.

Pengaturan masa kejadian tembakan di pasar terhadap anggota tentera menunjukkan ciri-ciri pengganas.

Keganasan kelmarin mun-cul beberapa hari selepas tentera Thai dan Mara Patani, sebuah kumpulan penaung yang mewakili beberapa puak pemberontak dalam rundingan damai, bersetuju untuk membentuk “zon keselamatan” yang terhad di wilayah tersebut.

Perjanjian, sama seperti gencatan senjata setempat, adalah satu langkah kecil namun jarang ke arah run-dingan teragak-agak selama beberapa tahun.

Namun penganalisis telah menolak kepentingan bagi pengumuman “zon keselamatan”, menimbulkan kecurigaan mengenai kawalan Mara terhadap anggota tentera pemberontak utama.

Peningkatan dalam keganasan mungkin menunjuk kepada ketidakpuasan hati pihak pengganas dengan perjanjian “zon keselamatan”.

Majoriti penduduk Melayu Islam di selatan jauh telah dijajah oleh Thailand sejak satu abad lepas.

Penduduk tempatan menu-duh Thailand menghapuskan identiti dan budaya unik mereka termasuk pencabulan hak. — AFP 

Advertisement