Anda di sini

Lelaki mengaku bersalah sengaja pindah, menghapuskan harta curi

Advertisement

MIRI: Seorang lelaki dijatuhi hukuman penjara seminggu dan denda RM400 atau seminggu penjara oleh Mahkamah Majistret pagi semalam kerana kesalahan dengan sengaja memindah dan menghapuskan harta curi.

Hukuman itu dijatuhkan Majistret Zuraini Ali Musa setelah Muti Ningkan mengaku bersalah atas tuduhan yang dibacakan terhadapnya mengikut Seksyen 414 Kanun Keseksaan.

Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Berdasarkan pertuduhan kes, tertuduh, 46, dari Permai Jaya Fasa 2 di sini didapati dengan sengaja memindah dan menyembunyikan harta curi iaitu sebiji bateri Digi.

Kesalahan itu didakwa dilakukan tertuduh pada jam 2.15 petang, 5 Oktober 2016 di sebuah premis di sini.

Mahkamah memerintahkan hukuman penjara ke atas tertuduh dikuatkuasakan mulai tarikh jatuh hukuman.

Advertisement