Anda di sini

Lebih 1,000 berarak kecam pembunuhan empat sekeluarga

Advertisement
 Anggota keselamatan Thailand membantu mengalihkan mangsa kejadian tembak di Kampung Thammacharen, Mukim Khok Setor di Narathiwat kelmarin. — Gambar Bernama
INSIDEN BERDARAH: Anggota keselamatan Thailand membantu mengalihkan mangsa kejadian tembak di Kampung Thammacharen, Mukim Khok Setor di Narathiwat kelmarin. — Gambar Bernama

BANGKOK: Lebih 1,000 orang berarak di selatan Thailand yang mengalami pemberontakan semalam untuk mengecam pembunuhan sebuah keluarga beragama Buddha, termasuk seorang budak lelaki berusia lapan tahun, selepas kenaikan mendadak keganasan merencat kemajuan dalam rundingan damai.

Pemberontakan yang kurang mendapat liputan dan dilancarkan oleh pemberontak Melayu Islam ke atas kerajaan Thai yang didominasi penganut Buddha sudah mengorbankan lebih 6,800 orang, kebanyakannya orang awam, sejak ia meletus 13 tahun lalu.

Bilangan itu meningkat kelmarin selepas penyerang yang disyaki puak militan menye-rang hendap kereta seorang timbalan ketua kampung, dan menembaknya mati bersama anak lelakinya yang berusia lapan tahun serta isteri dan ipar perempuannya.

Keluarga tersebut sedang memandu ke sekolah di sebatang jalan terpencil dalam daerah Ruso di wilayah Nara-thiwat ketika lelaki bersenjata menyerang.

Serangan hendap itu mencetuskan kemarahan para pemimpin agama dan kumpulan masyarakat madani dari kedua-dua masyarakat Islam dan Buddha, yang sama-sama berarak semalam menerusi Ruso.

“Tujuan rapat umum ini adalah untuk mengecam pembunuhan orang tidak bersalah,” kata seorang peme-rintah polis tempatan Kolonel Ruangsak Buadaeng.

Kelmarin turut menyaksi-kan seorang ketua Islam berusia 44 tahun terbunuh dalam satu serangan pandu lalu dan tiga tentera yang berpakaian preman ditembak mati di hadapan pelanggan yang terkejut di sebuah pasar malam dalam wilayah Pattani.

Pemberontak, yang berope-rasi dalam sel-sel ketat dan sulit, jarang sekali mengaku melancarkan serangan.

Serangan tembakan kerap berlaku tetapi ia selalunya sukar untuk menentukan sama ada ia ada kaitan dengan pemberontakan, aktiviti jenayah atau pertikaian peribadi di wilayah tersebut.

Namun gelombang keganasan kelmarin dipercayai dilakukan untuk merencat kemajuan yang dicapai baru-baru ini dalam rundingan damai di antara angkatan tentera dengan Mara Patani – sebuah kumpulan induk yang mendakwa mewakili pemberontak.

Tentera Thai dan Mara Patani pada minggu ini bersetuju untuk mewujudkan “zon keselamatan” di wilayah tersebut, sebagai satu langkah membina kepercayaan.

Perjanjian itu, yang me-rupakan gencatan senjata tempatan, merupakan satu langkah ke hadapan yang kecil dalam rundingan selama bertahun-tahun yang jarang menjadi.

Namun penganalisis berkata kumpulan Mara tidak mewakili puak militan bersenjata yang paling aktif dan menepis kepentingan pengumuman “zon keselamatan”.

Bahagian selatan yang diduduki majoriti Melayu Islam dijajah oleh Thailand lebih seabad yang lalu.

Penduduk tempatan me-nuduh Thailand cuba memadamkan kebudayaan dan identiti mereka yang unik selain mencabul hak mereka.

Pemberontak umumnya menyasari serangan mereka ke atas pasukan keselamatan, pegawai tempatan dan malah guru sekolah awam, yang dianggap bekerjasama dengan kerajaan.

Pada September lalu bom yang ditanam di luar sebuah sekolah di Narathiwat me-ngorbankan tiga orang, termasuk seorang kanak-kanak perempuan berusia empat tahun, yang mencetuskan kecaman meluas. — AFP

Advertisement