Anda di sini

Juara Kugiran Limbangfm berjaya ketengah bakat baharu

Advertisement
 Kumpulan Survive ketika mengegarkan pentas Juara Kugiran Limbangfm.
JUARA: Kumpulan Survive ketika mengegarkan pentas Juara Kugiran Limbangfm.

LIMBANG: Sebanyak lima kumpulan muzik tempatan menggegarkan pentas Pertandingan Juara Kugiran Limbangfm sempena Program Sehati@RTM di Dataran Jubli Emas baru-baru ini.

Program yang berlangsung selama dua hari itu berjaya mengetengahkan bakat kumpulan muzik di sini.

Pada pertandingan itu lagu Jaket Biru dan Ikrar Perwira membawa tuah kepada Kumpulan Survive apabila dinobatkan sebagai juara Pertandingan Juran Kugiran dengan membawa pulang RM1,200 dan piala.

Manakala Mohd Nursuhwandy Suhaili dari Kumpulan Survive menerima anugerah sebagai Vokalis Terbaik.

Sementara itu kumpulan D Boket selaku naib juara membawa pulang RM1,000 dan piala, diikuti Kumpulan Fortaste di kedudukan ketiga menerima RM800.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Danau Paulus Palu Gumbang hadir merasmi program tersebut mewakili Menteri Muda Kebajikan dan Kesejahteraan Komuniti Dr Abdul Rahman Ismail.

Turut sama ialah Timbalan Residen Pembangunan Selamat Jati Yanjah, Ketua Penolong Pengarah Siaran Radio RTM Sarawak Faridah Sulong dan Pemangku Pengurus Stesen RTM Limbang Ahmad Drahman.

Paulus berkata lagi RTM perlu meneruskan usaha dan pendekatan terbaik dalam menarik pendengar dan penonton setia ketika menghadapi persaingan dengan media elektronik dan media sosial lain.

Katanya RTM perlu tampil dengan idea terkini dan tidak ketinggalan dalam memaparkan isu dan berita terkini.

Jelasnya lagi RTM memainkan peranan penting dan sentiasa relevan sepanjang zaman dalam membangunkan masyarakat dari segi budayanya, ekonomi, sosial, industri, pertanian dan sebagainya melalui pelbagai program yang diadakan.

“Malah RTM juga merupakan media arus perdana yang menyampaikan dasar dan agenda kerajaan kepada masyarakat terutama di pedalaman dan luar bandar,” katanya lagi.

Ketua Bahagian Rancangan RTM Limbang yang juga penyelaras program Ahmad Drahman berkata Program Sehati@RTM berkonsepkan Rancangan Radio di Lokasi bermatlamat memberi ruang para juruhebah dan kakitangan RTM Limbang turun padang untuk bertemu mesra dengan pendengar dan masyarakat.

“Program itu merupakan platform bagi RTM untuk menyampaikan perkhidmatan secara terus kepada rakyat melalui pelbagai acara yang akan diadakan,” tambah beliau.

Program di bawah naungan Menteri Muda Kebajikan dan Ke-sejahteraan Komuniti yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Kota Dr Abdul Rahman Ismail diadakan untuk menjalin hubungan kerjasama dengan agensi, badan badan korporat dan swasta melalui penglibatan dalam aktiviti yang dianjurkan.

 Paulus memukul gong bagi merasmi Pertandingan Juara sempena Program Sehati@RTM,disaksikan Ahmad (dua kiri), Faridah (dua kanan) dan Selamat (kanan).
RASMI: Paulus memukul gong bagi merasmi Pertandingan Juara sempena Program Sehati@RTM,disaksikan Ahmad (dua kiri), Faridah (dua kanan) dan Selamat (kanan).
 Tetamu kenamaan bergambar dengan para pemenang Juara Kugiran.
ALBUM: Tetamu kenamaan bergambar dengan para pemenang Juara Kugiran.
  • oleh
  • Advertisement