Anda di sini

BookDoc sasar 500,000 pengguna aplikasi

Advertisement
 Beh menunjukkan BookDoc Activ Apps dan New Activ Reward Partner untuk BookDoc Activ at Menara Obyu, Damansara Perdana, Kuala Lumpur semalam. — Gambar Bernama
BANGGA: Beh menunjukkan BookDoc Activ Apps dan New Activ Reward Partner untuk BookDoc Activ at Menara Obyu, Damansara Perdana, Kuala Lumpur semalam. — Gambar Bernama

PETALING JAYA: Platform penjagaan kesihatan dalam talian, BookDoc, berharap dapat menambah jumlah pengguna aplikasi mudah alihnya, BookDoc Activ, kepada 500,000 menjelang akhir tahun ini, meningkat daripada 300,000 pengguna sekarang.

Pengasas BookDoc, Datuk Chevy Beh yakin dapat men­capai sasaran itu kerana syari­kat tersebut ketika ini beker­jasama dengan 30 rakan kongsi ganjaran di Malaysia yang akan menawarkan pelbagai diskaun bagi pengguna yang berjaya mengekalkan tahap tinggi aktiviti mereka.

“Kami berharap dapat bekerjasama dengan 45 rakan kongsi ganjaran di negara ini, melibatkan industri seperti makanan dan minuman, pen­gangkutan dan fesyen pada akhir tahun,” katanya pada sidang akhbar selepas mengu­mumkan perkongsian dengan rakan kongsi ganjarannya, Secret Recipe, Focus Point dan Happy Fresh, di sini, semalam.

BookDoc Activ yang dilan­carkan pada November 2016, adalah bertujuan untuk mem­beri ganjaran kepada peng­guna yang mengekalkan gaya hidup sihat mereka menerusi senaman.

Sebagai contoh, pengguna yang mencapai had purata langkah sehari, berperingkat mengikut gangsa, perak, emas dan platinum, akan ditawar­kan diskaun daripada peruncit utama dan penyedia perkhid­matan setiap bulan.

Beh berkata selain dari Ma­laysia, pengguna aplikasi itu juga boleh menerima ganjaran bulanan daripada lebih 40 rakan kongsi ganjaran di 12 negara lain termasuk Amerika Syarikat, China, Indonesia, Myanmar dan Filipina. — Bernama  

Advertisement