Anda di sini

Van polis kena serang, pelampau ditembak mati

Advertisement

DHAKA: Seorang pelampau Islam yang ditahan reman, kerana didakwa menikam dua anggota polis, maut dalam satu kejadian berbalas tembakan semalam apabila lelaki bersenjata menyerang van yang membawanya, kata polis.

Amijul Islam, 25 , ditangkap Selasa lepas kerana disyaki menikam dan mencederakan dua anggota polis.

Polis berkata serangan itu berlaku ketika mereka membawa Amijul ke bandar utara Sherpur, sebuah hab pelampau, untuk menjalankan siri serbuan.

Pelampau menyerang van kami dan dia ditembak. Dia meninggal dunia di hospital,” kata ketua polis tempatan Khan Mohammad Erfan kepada AFP.

Kumpulan hak asasi manusia telah menimbulkan keraguan mengenai laporan polis bagi insiden sedemikian pada masa lalu, dengan mendakwa kebanyakannya telah dirancang.

Pasukan keselamatan Bangladesh telah melancarkan operasi di seluruh negara untuk membanteras kumpulan pelampau Islam sejak satu serangan berdarah ke atas sebuah kafe di Dhaka pada tahun lepas, yang mengorbankan kira-kira 50 orang yang disyaki anggota militan.

Bangladesh mengalami siri serangan ke atas aktivis sekular, orang asing dan masyarakat agama minoriti sejak beberapa tahun yang lalu.

Al-Qaeda dan kumpulan Negara Islam (IS) mengaku bertanggungjawab bagi beberapa serangan tetapi kerajaan sekular Perdana Menteri Sheikh Hasina meletakkan kesalahan ke atas pelampau tempatan.

Ketua polis daerah Mohammad Asaduzzaman berkata Amijul merupakan ketua wilayah bagi kumpulan militan haram Jamayetul Mujahideen Bangladesh (JMB) dan seorang pelam-pau “yang diketahui kejam”.

Dia cuba mengumpul semula JMB di wilayah utara ekoran kematian Tamim Chowdhury,” kata Asaduzzaman kepada AFP, yang merujuk kepada seorang warga Kanada yang berasal dari Bangladesh dan disebut sebagai dalang serangan kafe di Dhaka. — AFP

Advertisement