Anda di sini

Penduduk Ireland Utara mengundi dilatari Brexit

Advertisement

BELFAST: Ireland Utara mengadakan pilihan raya semalam buat kali kedua dalam tempoh 10 bulan tetapi prospek adalah sedikit bahawa keputusannya nanti dapat memperbetulkan perpecahan politik yang serius di wilayah tersebut.

Dua parti utama mendakwa mereka mahukan kerajaan perkongsian kuasa baharu ditubuhkan secepat mungkin, tetapi permusuhan di antara mereka dipercayai begitu mendalam, dan kedua-dua pihak belum bersedia untuk bertolak-ansur.

Pilihan raya tergempar diumumkan pada Januari lalu ekoran ketegangan sekian lama yang meruap di antara parti sosialis Republikan Katolik Ireland, Sinn Fein, dengan Parti Penyokong Kesatuan Demokratik (DUP), yang berpandangan Pro-testan, konservatif dan pro-Britain.

Saya akan lebih pesimis daripada optimis bahawa DUP dan Sinn Fein dapat sama-sama kembali ke dalam kerajaan,” kata seorang pakar politik Ireland Utara di Liver-pool University, Jonathan Tonge, kepada AFP dalam satu pandangan yang di-sokong ramai penganalisis.

Timbalan menteri pertama Sinn Fein, Martin McGuinness, meletak jawatan pada Januari lalu, kerana menurutnya beliau tidak dapat lagi bekerjasama dengan menteri pertama Ireland Utara, Arlene Foster, yang juga pe-mimpin DUP.

McGuinness meletak jawatan kerana membantah satu skim pemanasan hijau yang gagal, takat pecah selepas ketegangan selama berbulan-bulan dengan DUP.

Foster mencadangkan skim itu ketika beliau menjadi menteri ekonomi wilayah.

McGuinness tidak akan bertanding lagi kerana uzur tetapi penggantinya sebagai pemimpin Sinn Fein di Ireland Utara, Michelle O’Neill, tidak menunjukkan sebarang tanda akan melembutkan retorik.

Orang marah dengan kebongkakan, sikap tidak hormat dan kebencian,” katanya kepada Foster pada Selasa lepas dalam satu perdebatan hangat yang disiarkan oleh televisyen.

Gerry Kelly, seorang calon Sinn Fein di utara Belfast, memberitahu AFP partinya telah mengambil “keputusan yang amat besar”.

Kami dapat duduk di atas kerusi kami selama empat daripada lima tahun, tetapi isu-isu cukup besar bagi kami untuk membawanya balik kepada rakyat,” katanya.

Sepanjang kempen pilihan raya, Foster telah merayu kepada penyokong kesatuan untuk menentang tuntutan Sinn Fein.

Jika kita memberi maka-nan kepada buaya, ia akan sentiasa kembali untuk makanan seterusnya,” kata-nya di satu perhimpunan parti.

Jika DUP dan Sinn Fein pada akhirnya menjadi dua parti terbesar – seperti yang diramalkan oleh tinjauan – dan tidak dapat mencapai persetujuan untuk menu-buhkan badan eksekutif yang berkongsi kuasa dalam tempoh tiga minggu, tadbir urus Ireland Utara mungkin akan beralih daripada Belfast ke London pada masa depan yang terdekat.

Selain menyerahkan kawalan bajet, kumpulan perniagaan bimbang ia akan menghambat keupayaan Ireland Utara untuk menarik pelancongan dan pelaburan antarabangsa yang amat diperlukan.

Pengundi pergi ke pusat undian berlatarbelakangkan Brexit, yang menimbulkan ketidaktentuan tentang hubungan wilayah itu pada masa depan dengan Republik Ireland.

Pemimpin Sinn Fein, Gerry Adams, pada Januari lalu menyifatkan Brexit sebagai satu “tindakan musuh” oleh kerajaan Britain, yang akan menjejaskan sempadan dan memberi “impak negatif” ke atas perjanjian damai di wilayah tersebut.

Dalam pungutan suara pada Jun lalu mengenai keahlian dalam Kesatuan Eropah, Ireland Utara memilih untuk kekal dalam blok tersebut tetapi ditewaskan oleh majoriti keseluruhan Britain sebanyak 52 peratus untuk keluar. — AFP

Advertisement