Anda di sini

Jet Rusia tersilap bom pejuang disokong AS di Syria

Advertisement

WASHINGTON: Pesawat perang Rusia mengebom pejuang yang disokong oleh Amerika Syarikat (AS) di beberapa buah kampung kecil di utara Syria selepas mereka menyangka kumpulan Negara Islam (IS) berada di kawasan tersebut, kata seorang jeneral AS kelmarin.

Leftenan Jeneral Stephen Townsend dari Angkatan Tentera AS berkata pesawat rejim Syria dan Rusia menyerang kampung-kampung tersebut ke selatan dan timur Al-Bab dalam wilayah Aleppo pada Selasa lepas, yang menyebabkan kematian dengan jumlah mangsa yang tidak dinyatakan.

Pihak Rusia dipercayai telah memerhatikan pejuang IS yang bergerak dari kawasan itu dan menyangka pasukan lain yang masih ada di sana adalah pelampau jihad.

Beberapa pesawat Rusia dan pesawat rejim mengebom beberapa buah kampung yang saya percaya mereka sangka dikuasai ISIS, tetapi sebenarnya di lapangan adalah sebahagian daripada pasukan Perikatan Arab Syria kita,” kata Townsend kepada pemberita dalam satu panggilan video dari Baghdad, dengan menggunakan nama lain bagi kumpulan pelampau jihad itu.

SAC membentuk sebaha-gian daripada pakatan yang lebih umum dipanggil Pasukan Demokratik Syria (SDF) yang terdiri daripada kumpulan Kurdis dan lain-lain yang telah dilatih dan dinasihati oleh AS untuk mengetuai perjuangan anti-IS.

Anggota tentera AS yang beroperasi kurang lima kilo-meter dari kampung-kampung terbabit memerhatikan serangan bom itu dan memaklumkan tentang kesilapan tersebut, yang kemudian di-serahkan kepada pihak Rusia menerusi talian panas “deconfliction” yang diwujudkan oleh kedua-dua kuasa untuk mengelak kemalangan.

Ia menjadi jelas bahawa serangan itu berlaku ke atas beberapa kedudukan perikatan Syria,” kata Townsend.

Panggilan cepat dibuat kepada saluran ‘deconfliction’ kami dan pihak Rusia mengakui dan menghentikan serangan bom di sana.”

Kementerian pertahanan Rusia menafikan melancarkan serangan udara tetapi mengesahkan komunikasi menerusi talian panas ber-kenaan.

Dalam perbincangan ini, wakil Tentera Udara AS menyuarakan kebimbangan bahawa pesawat perang Rusia dan Syria akan melakukan serangan tanpa sengaja ke atas kumpulan bersenjata yang dikuasai AS ketika menjalankan misi perang ke atas IS di selatan Manbij,” kementerian Rusia menyebut dalam satu kenyataan.

Maklumat ini diambil kira oleh perintah Rusia. Tiada satu pun serangan dilancarkan oleh penerbangan Rusia atau Syria ke atas daerah yang ditunjukkan oleh pihak Amerika.”

Kira-kira 500 anggota tentera AS berada di Syria, hampir kesemua mereka adalah komando operasi khas. Peranan mereka sekarang terbatas kepada menasihati tentera tempatan dan tinggal di belakang barisan hadapan. — AFP

Advertisement