Anda di sini

Aktivis rancang guna belon hantar risalah Jong-nam ke Korea Utara

Advertisement

SEOUL: Aktivis Korea Se-latan akan menghantar jutaan risalah mengenai keracunan yang membunuh abang pemimpin Korea Utara ke seberang sempadan dengan menggunakan belon, kata mereka semalam.

Ia tidak jelas berapa ramai warga Korea Utara yang sedar mengenai nasib Kim Jong-nam, yang dibunuh dengan agen saraf VX di lapangan terbang antarabangsa Kuala Lumpur, dikatakan oleh dua wanita muda yang bertindak atas arahan Pyongyang.

Korea Utara dengan marah menafikan pembabitan dan menuduh Malaysia bersubahat dengan Korea Se-latan untuk menganiayanya, dan hanya merujuk kepada mangsa dengan nama samaran, tanpa menjelaskan hubungannya dengan Kim Jong-un.

Risalah tersebut – yang akan diterbangkan melintasi sempadan oleh belon-belon gergasi yang diisi gas – me-ngandungi maklumat tentang pembunuhan itu dan gambar termasuk satu gambar yang menunjukkan Kim Jong-nam nazak di atas kerusi sebuah klinik di lapangan terbang.

Teks itu menggambarkan pemimpin Korea Utara sebagai “syaitan yang membunuh abangnya sendiri”.

Kami akan mula melancarkan risalah itu pada pertengahan Mac,” kata ketua aktivis Park Sang-Hak, seorang pembelot yang mengetuai kumpulan ‘Fighters For Free North Korea’.

Berita dari dunia luar dilarang atau ditapis dengan ketara di Korea Utara, di mana dinasti Kim memerin-tah negara miskin yang terpencil itu dengan kuku besi dan kultus personaliti yang berleluasa.

Risalah berkenaan juga mengandungi dakwaan oleh agensi perisikan Seoul bahawa Jong-un telah membunuh ramai pegawai Pyongyang dan mengarahkan pembunuhan abangnya untuk mengukuh-kan lagi genggamannya ke atas kuasa.

Teks itu mendakwa Jong-un – anak isteri ketiga Kim Jong-il – mengarahkan pembunuhan Jong-nam kerana ada pihak yang menganggap beliau memiliki tuntutan yang lebih baik untuk mewarisi kepimpinan sebagai anak lelaki sulung bapa mereka. — AFP

Advertisement