Anda di sini

‘The Most Photogenic Baby Contest’ pelawa penyertaan

Advertisement
 Tiga kakitangan Premier Departmental Store menunjukkan hadiah-hadiah menarik yang menanti pemenang sempena peraduan The Most Photogenic Baby Contest.
MENANTI PEMENANG: Tiga kakitangan Premier Departmental Store menunjukkan hadiah-hadiah menarik yang menanti pemenang sempena peraduan The Most Photogenic Baby Contest.

SIBU: Premier Departmental Store kini menganjurkan ‘The Most Photogenic Baby Contest’ mulai 1 hingga 31 Mac 2017, dengan pembelian produk bayi bernilai RM50 dalam satu resit di Premier Departmental Store.

Pembelian ini melibatkan produk bayi dari jenama Anakku & Disney, Disney Cuties & Pony, Tenderly Baby, Baby Cheetah atau Cuddles by Puppy Winks.

Pertandingan terbuka kepada bayi yang lahir selepas 1 Oktober 2014 (30 bulan sebelum 31 Mac 2017), dengan penyertaan terbuka untuk 150 peserta sahaja.

Pemenang pertandingan akan menerima hadiah bernilai RM1,000 (RM500 tunai dan hamper produk bayi bernilai RM500).

Tempat kedua menerima RM700 (RM350 tunai dan hamper produk bayi bernilai RM350), ketiga RM400 (RM150 tunai dan hamper produk bayi bernilai RM250) serta 10 hadiah sagu hati berupa hamper produk bayi bernilai RM50 setiap satu.

Peserta perlu menghantar dua keping gambar bayi bersaiz 4R (dengan memakai pakaian jenama tersebut), salinan sijil lahir dan resit asal pembelian semasa pendaftaran.

Setiap peserta yang mendaftar akan menerima baucar tunai sebanyak RM10, baucar potongan RM1 untuk pembelian barangan Drypers & Huggies dan juga satu hadiah misteri.

Dengan setiap pembelian RM100 dan keatas di Premier Departmental Store, pelanggan layak membuat undi bagi The Most Photogenic Baby Contest bermula 1 April sehingga 21 Mei 2017.

Semua pelanggan yang membuat undian juga berpeluang untuk memenangi hadiah istimewa seperti peti sejuk Sharp, mesin basuh automatik Panasonic, ketuhar Cornell serta hamper produk Tupperware.

Pemenang akan dihubungi melalui telefon pada 24 Mei 2017, dan akan diumumkan dalam akhbar-akhbar tempatan pada 25 Mei 2017.

Hadiah hendaklah dituntut semasa penyampaian hadiah pada 27 Mei 2017, jam 11 pagi di Premier Departmental Store.

  • oleh
  • Advertisement