Anda di sini

The Crew lancar album kedua ‘Diatu Ila’

Advertisement
 The Crew bersama tetamu kehormat merakamkan kenangan selepas majlis pelancaran album kedua mereka, Diatu Ila.
ALBUM KEDUA: The Crew bersama tetamu kehormat merakamkan kenangan selepas majlis pelancaran album kedua mereka, Diatu Ila.

SIBU: The Crew telah melancarkan album kedua mereka berjudul ‘Diatu Ila’ pada 25 Februari lepas, bertempat di Sing Kwong Mall, Jalan Salim.

Berlangsung sederhana tetapi menghiburkan, majlis pelancaran dilakukan bersama oleh Pengurus Allen Tinggie Trading Sdn Bhd, Hereward Gramong, Pengurus Kompleks Sing Kwong, John Yip serta Penolong Pengurus Projam Music Studio, CT Projam.

Album kedua The Crew selepas album pertama bertajuk ‘Protagonis’, diedarkan oleh Allen Tinggie Trading Sdn Bhd serta diterbitkan oleh Projam Music Studio.

‘Diatu Ila’ memuatkan tujuh buah lagu iaitu ‘Diatu Ila’, ‘Nangi’, ‘Enda Betah’ (menampilkan Penny Prescilla), ‘Beserara’, ‘Pulai Ke Menua’ serta sebuah lagu Melayu berjudul ‘Patah Sayapku’.

Turut dimuatkan ialah lagu ‘Nadai Agi 2016’, yang dirakamkan semula serta menampilkan Hairee Francis sebagai pemain keyboard.

Lagu ‘Nadai Agi’ yang sebelum ini dimuatkan dalam album Protagonis bersama vokalis lama, Phillies, telah mengangkat nama kumpulan The Crew yang kini dianggotai oleh Edward (vokalis), Ajis (gitaris), Cyril (bassist) dan A-one (drummer). 

Menurut Ajis, beliau amat gembira kerana The Crew telah berjaya mengeluarkan album kedua, selepas lebih setahun bertungkus lumus menghasilkannya.

“Kehadiran album ‘Diatu Ila’ ini membolehkan kita terus berkongsi muzik dengan semua peminat serta kepada semua yang telah memberikan sokongan selama ini,” ujarnya kepada Utusan Borneo.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada Allen Tinggie Trading Sdn Bhd kerana telah memberi peluang kepada The Crew mengeluarkan album di bawah syarikat.

“Terima kasih juga kepada semua di Projam Studio yang telah bertungkus lumus menyiapkan album ini serta semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung.

“Kepada semua peminat, teruskan memberi sokongan sepertimana sokongan yang diberikan semasa The Crew mula menceburi bidang industri muzikini sehingga kita berjaya menghasilkan album kedua.

“Pastikan peminat mendapatkan album yang ori,” ujar Ajis yang turut berbangga dengan anggota The Crew yang telah berjaya mengharungi segala pahit manis serta kekal bersatu sehingga kini.

Pada majlis pelancaran itu, The Crew turut menghiburkan orang ramai dengan enam buah lagu dari album baharu mereka iaitu ‘Diatu Ila’, ‘Nangi’, ‘Nadai Agi 2016’, ‘Pulai Ke Menua’, ‘Enda Betah’ dan ‘Beserara’.

Turut menghiburkan pada malam itu ialah Lucy M, Gabriel Fairuz Louis, Hairee Francis serta Fylix. Beberapa artis tempatan yang lain turut hadir sebagai tanda sokongan kepada The Crew.

  • oleh
  • Advertisement