Anda di sini

Permohonan Najib jadi pencelah dalam saman Zaid Ibrahim didengar 1 Jun

Advertisement

KUALA LUMPUR: Mah-kamah Tinggi semalam menetapkan 1 Jun bagi mendengar permohonan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menjadi pencelah dalam saman pemula dikemukakan bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Zaid Ibrahim terhadap AmBank Islamic Berhad.

Saman pemula ex-parte (sebelah pihak) difailkan Zaid terhadap AmBank Islamic Berhad bagi memohon bank itu mendedahkan lima akaun yang didakwa milik perdana menteri di bank berkenaan membabitkan isu dana berjumlah RM2.6 bilion.

Perkara itu dimaklumkan peguam Nor Hazira Abu Haiyan mewakili perdana menteri kepada pemberita selepas pengurusan kes berkenaan dalam kamar Penolong Kanan Pendaftar Engku Nurul Ain Engku Muda.

Nor Hazira berkata permohonan itu akan didengar di hadapan hakim Mahkamah Tinggi yang akan ditetapkan kemudian.

Dalam saman pemula yang difailkan pada 21 Okt tahun lepas, Zaid antaranya memohon perintah mahkamah untuk membenarkannya atau peguamnya memeriksa dan mengambil salinan kemasukan yang dibuat dalam lima akaun AmBank Islamic Berhad yang didakwa milik Najib. — Bernama

Advertisement