Anda di sini

Koperal polis didakwa samun warga Indonesia

Advertisement

KUALA LUMPUR: Seorang anggota polis mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini semalam atas pertuduhan melakukan samun bersenjata terhadap seorang warga Indonesia dan melepaskan satu das tembakan.

Koperal Chan Weng Sin, 55, didakwa melakukan samun terhadap Fendy Choo, pekerja siber kafe dengan menyamun wang tunai berjumlah RM2,000 menggunakan pistol di dalam sebuah kedai di Taman Sri Petaling, Brickfields di sini pada jam 7.05 pagi, 16 Sept 2016.

Dia didakwa mengikut Seksyen 392/397 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 14 tahun, denda atau sebatan, jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan kedua, tertuduh didakwa telah melepaskan satu das tembakan menggunakan pistol sama tanpa apa-apa sebab yang munasabah di hadapan sebuah kedai di Sri Petaling, Brickfields di sini jam 7.25 pagi, hari sama.

Pertuduhan mengikut Seksyen 39 Akta Senjata 1960 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 43 akta sama, yang membawa hukuman penjara tidak melebihi satu tahun atau didenda tidak melebihi RM2,000 atau kedua-duanya.

Timbalan Pendakwa Raya Liyana Zawani Mohd Radzi tidak menawarkan sebarang jaminan kepada tertuduh, bagaimanapun tertuduh yang diwakili peguam Gerard Lazarus memohon supaya anak guamnya dibenarkan diikat jamin RM5,000 bagi kedua-dua pertuduhan.

Hakim Datin M.Kuna-sundary membenarkan Chan diikat jamin RM8,000 bagi kedua-dua pertuduhan dengan seorang penjamin dan tertuduh juga tidak dibenarkan berhubung atau mengganggu mangsa.

Mahkamah menetapkan 24 Mac untuk sebutan kes.  Sementara itu di Sungai Siput, polis Perak mengesahkan terdapat kanak-kanak yang digunakan sebagai buruh paksa oleh sindiket pemerdagangan manusia seperti yangt dikesan di Gerik Ahad lepas.

Pemangku Ketua Polis Perak, Datuk Hasnan Hassan ini berdasarkan maklumat yang diterima serta siasatan terperinci yang telah dilakukan. — Bernama

Advertisement