Anda di sini

APM Sibu sertai latihan mantapkan kecekapan menyelamat

Advertisement
 Berkawad sebelum memulakan latihan di Kem Belia Kemuyang.
SENANG DIRI: Berkawad sebelum memulakan latihan di Kem Belia Kemuyang.
 Frankie  menunjukkan cara mengikat tali dengan betul.
TUNJUK AJAR: Frankie menunjukkan cara mengikat tali dengan betul.

SERAMAI 54 anggota dan pegawai Angkatan Pertahanan Awam (APM Sibu) menyertai Latihan Pasukan Pertahanan Awam Sibu dalam usaha untuk memantapkan kecekapan menyelamat baru-baru ini.

Program selama sehari diadakan di Kem Belia Kemuyang di Sibu meliputi pelbagai aspek dan cara menyelamat mangsa dalam pelbagai situasi kecemasan.

Menurut pegawai APM Daerah Sibu, Kapten Frankie John Jawan, terdapat pelbagai cara menyelamat mangsa telah dipratikkan semasa latihan dijalankan.

Antara mata pelajaran yang terkandung dalam sesi latihan tersebut termasuk cara-cara merawat pendarahan, kepatahan tulang, KED (Kendrick Extrication Device), menyelamat kecemasan, masakan kecemasan dan latihan praktikal yang lain.

“Latihan KED dijalankan dalam pelbagai situasi termasuk di tempat tinggi dan juga ketika mengalih mangsa daripada kenderaan yang terbabit dalam kemalangan,” jelasnya.

Katanya, latihan tersebut dianggap sebagai ‘latihan ulang kaji’ kepada anggota dan pegawai dijalankan bagi tujuan untuk diaplikasikan ketika menjalankan tugas menyelamat mangsa dengan cara yang betul semasa kecemasan.

  • oleh
  • Advertisement