Anda di sini

Sekitar 40 penduduk bergotong-royong bersih Kampung Pahlawan

Advertisement
 Golongan kanak-kanak turut menyertai gotong-royong.
MENDAPAT SAMBUTAN: Golongan kanak-kanak turut menyertai gotong-royong.
 Penduduk kampung membersihkan kawasan gerbang pintu masuk ke kampung itu.
BERAT SAMA DIPIKUL: Penduduk kampung membersihkan kawasan gerbang pintu masuk ke kampung itu.
 Penduduk menanam bunga bagi memberi keceriaan dan kecantikan kawasan kampung.
BERPELUH: Penduduk menanam bunga bagi memberi keceriaan dan kecantikan kawasan kampung.

SEKITAR 40 penduduk menyertai Program Gotong-Royong Perdana anjuran Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Kampung Pahlawan Zon Tatal di Limbang, baru-baru ini.

Program itu diadakan Sempena Minggu Keharmonian Antara Penganut Agama Sedunia, ‘Cintai Tuhan, Cintai Jiran’ di Kampung Pahlawan.

Timbalan Pengerusi KRT Kampung Pahlawan Zon Tatal Mohd Isa Burut berkata semangat gotong-royong, bekerjasama dan bantu membantu masih jelas diamalkan dalam kalangan ahli khususnya dalam menjayakan segala program yang dirancang.

“Matlamat kita adalah untuk mewujud dan mengukuhkan lagi semangat kerjasama dalam kalangan penduduk kampung agar ia tidak pupus ditelan zaman,” katanya pada program itu.

Program berkenaan disertai kanak-kanak seawal usia enam tahun hingga 80 tahun.

  • oleh
  • Advertisement