Anda di sini

Lelaki mencuri barang jualan ibu didakwa

Advertisement

MIRI: Gara-gara mencuri barang jualan ibu termasuk 130 dulang telur, seorang lelaki dijatuhi hukuman penjara lapan minggu dan denda RM400 atau seminggu penjara oleh Mahkamah Majistret di sini pagi semalam.

Mahkamah memerintahkan hukuman penjara ke atas tertuduh dikuatkuasakan mulai tarikh tangkapan pada 17 Januari lalu.

Mohammad Wong Sie Ong Abdullah didakwa mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan memperuntukkan hukuman penjara tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Berdasarkan pertuduhan kes, tertuduh didapati mencuri 130 dulang telur ayam bernilai RM1,300, satu kotak tomato berharga RM500 dan sekotak cili Thai (RM160) kepunyaan ibunya, Kong Ngiik Ting, 64.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu jam 1 pagi, pada 14 Januari lalu di Tamu Muhibbah, Jalan Padang di sini.

Advertisement