Anda di sini

Kes penjenayah tegar dibicarakan 30 Mac depan

Advertisement

MIRI: Mahkamah Majistret di sini menetapkan 30 Mac depan sebagai tarikh perbicaraan lanjut kes seorang penjenayah tegar yang mengaku tidak bersalah terhadap tuduhan melakukan pecah rumah dan curi.

Tertuduh yang gagal membayar wang jaminan RM2,000 berserta dua penjamin tempatan diperintahkan mahkamah supaya ditahan lanjut di Penjara Pusat Miri sementara menunggu tarikh tersebut.

Majistret Zuraini Ali Musa turut menasihati tertuduh supaya mendapatkan khidmat peguam bela sebelum tarikh tersebut bagi mewakilinya dalam perbicaraan nanti.

Stephen Serit, 36, dari Sungai Tapang, Bakas, Bekenu didakwa mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman penjara 14 tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Berdasarkan pertuduhan kes, tertuduh didakwa melakukan pecah rumah dengan memecah masuk sebuah rumah kepunyaan Lau Shing Tzu dan mencuri wang tunai RM3,000 serta barang kemas bernilai RM3,500.

Beliau didakwa melakukan kesalahan itu jam 5.30 petang, pada 29 Julai 2016 di Desa Pujut 2T di sini.

Terdahulu, mahkamah diberitahu bahawa kes itu ditetapkan untuk pengurusan pagi semalam dan tertuduh masih mengekalkan pengakuan tidak bersalahnya.

Pendakwaan dilakukan Inspektor Mohd Khairi Mohd Noor.

Advertisement