Anda di sini

Pesakit angin ahmar simpan harapan tinggi untuk sembuh

Advertisement
 Lucas (berdiri) memeriksa tekanan darah Roslan.
PERIKSA: Lucas (berdiri) memeriksa tekanan darah Roslan.

WALAUPUN saya pernah melalui detik hitam (diserang angin ahmar) sehingga menyebabkan saya lumpuh separuh badan, namun saya masih menyimpan harapan tinggi untuk sembuh dan saya mesti sembuh.

” Demikian luahan seorang pesakit angin ahmar, Roslan Toni, 28, ketika ditemui pemberita di kediamannya di Kampung Betong, Landeh, dekat Kuching, baru-baru ini.

 Dari mata kasar, siapa menyangka, anak sulung daripada enam beradik itu yang pernah terlantar di atas katil tanpa daya melakukan apa-apa, kini mampu duduk dan berdiri dengan sendiri.

 “Selama empat bulan saya terlantar di atas katil dan tidak mampu melakukan apaapa, hanya mengharap belas kasihan ibu bapa saya.

 “Tetapi saya perlu kuat untuk sembuh dan sekarang saya sangat gembira kerana saya sudah boleh duduk di atas kerusi roda dan berdiri.

 “Saya percaya suatu hari nanti, saya akan pulih sepenuhnya dan mampu untuk melakukan hobi saya ketika saya sihat iaitu bermain bola sepak dan futsal serta memancing ikan,” katanya ketika menerima kunjungan daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Kitang yang juga merupakan Pengerusi Majlis Perbandaran Padawan (MPP) Lo Khere Chiang, baru-baru ini.

 Roslan mengakui, tanpa sokongan dan bantuan terutama daripada ibu dan bapanya, juga termasuk jururawat KHIDMAT MASYARAKAT: Ahli-ahli Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (PBSM) Chung Hua Middle School No 1 merakam gambar dengan para jururawat selepas mengadakan khidmat masyarakat di wad kanak-kanak, Hospital Umum Sarawak (HUS) pada 19 Februari lalu.

 Mereka telah mengedarkan sekitar 200 hadiah yang disumbangkan oleh pengetua, guru dan pelajar dari sekolah berkenaan kepada pesakit.

 Objektif program tersebut adalah untuk menunjukkan keprihatinan dan kasih sayang terhadap pesakit.

 PERKASA KEMAHIRAN: Anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Sarawak menjalankan latihan dan simulasi pertolongan cemas bersama Unit Kecemasan dan Trauma Hospital Umum Sarawak pada 11 hingga 21 Februari lalu.

 Program melibatkan seramai 73 anggota dan pegawai termasuk daripada Unit Perkhidmatan Respons Perubatan Kecemasan (EMRS) itu turut diadakan di beberapa hospital lain seperti Hospital Sarikei, Hospital Sibu, Hospital Bintulu dan Hospital Miri.

 sukarela, Lucas Lee yang menjaganya, Kumpulan Sokongan Angin Ahmar Batu Kitang malah Lo sendiri, dia pasti masih terlantar di atas katil.

 Mengimbau kenangan pahit yang sekelip mata meragut keupayaannya seperti insan normal, jelas Roslan, kemalangan yang menimpanya Julai tahun lalu itu tidak akan mematahkan semangatnya untuk terus sembuh.

 “Kalau dahulu (terlantar), ibu dan ayah yang banyak membantu saya untuk melakukan fi sioterapi di rumah dengan bimbingan Lucas, sekarang dia boleh melakukannya (fi sioterapi) dengan sendiri.

 “Sokongan orang di sekeliling inilah yang membuatkan saya lebih kuat untuk sembuh,” jelasnya.

 Semasa kemalangan itu berlaku, jelas Roslan, dia ketika itu sedang memandu kereta menuju ke rumah rakannya di Taman Sukma, namun dalam perjalanan, dia tiba-tiba diserang angin ahmar dan menyebabkan kereta yang dipandunya masuk ke dalam parit di kawasan taman perumahan di Landeh.

 Sementara itu, ibunya, Nabillah Abdullah, 42, berkata pelbagai cara dan ikhtiar dilakukan bersama suaminya, Toni Hamdan, 52, bagi menyembuhkan penyakit anaknya.

 “Saya berusaha melakukan apa sahaja, asal dia boleh sihat seperti biasa termasuk mengurutnya dan membantu Roslan melakukan fi sioterapi selama 10 minit, tiga kali sehari termasuk pagi, petang dan malam tanpa putus asa.

 “Kami tidak pernah menunjukkan kami putus asa untuk membantu Roslan dan kami percaya satu hari nanti dia akan sembuh sepenuhnya dan mampu menjalankan aktiviti yang sering dilakukan olehnya ketika dia masih sihat,” katanya.

 Roslan ketika ini sudah boleh duduk dan berdiri, namun sebelah kiri badannya masih lumpuh dan bapanya terpaksa berhenti bekerja kerana mahu menjaga Roslan di rumah.

 Orang ramai yang mahu menghulurkan bantuan dan sumbangan kepada Roslan, boleh menghubungi Nabillah di talian 013-8251033 atau Toni (013-5791430).

  • oleh
  • Advertisement