Anda di sini

Senator Filipina kritik perang dadah diberkas

Advertisement
 Penyokong Senator Filipina Leila De Lima mempamer plakad ketika menyertai perhimpunan di luar sebuah mahkamah di Muntinlupa, Metro Manila, semalam. — Gambar Reuters
SOKONG SENATOR: Penyokong Senator Filipina Leila De Lima mempamer plakad ketika menyertai perhimpunan di luar sebuah mahkamah di Muntinlupa, Metro Manila, semalam. — Gambar Reuters

MANILA: Pengkritik berprofil paling tinggi terhadap perang dadah kejam oleh Presiden Filipina Rodrigo Duterte diberkas semalam atas tuduhan yang me-       nurutnya adalah bertujuan agar beliau berdiam diri, namun beliau berjanji akan terus berjuang menentang “pembunuh bersiri sosiopatik”.

Bercakap kepada sekumpulan wartawan beberapa minit sebelum anggota polis bersenjata yang memakai jaket flak menahan beliau, Senator Leila De Lima menegaskan beliau tidak bersalah atas tuduhan pengedaran dadah yang boleh menyebabkan beliau dipenjara seumur hidup.

“Ia adalah penghormatan bagi saya dipenjara untuk perkara yang saya perjuangkan. Tolong berdoa untuk saya,” De Lima, 57, berkata di luar pejabat Senat di mana beliau telah bersembunyi sementara waktu semalaman selepas satu waran tangkap dikeluarkan kelmarin.

“Mereka tidak akan mampu mendiamkan saya dan menghentikan saya dari berjuang bagi kebenaran dan keadilan serta terhadap pembunuhan dan penindasan harian oleh rejim Duterte.”

De Lima turut merekodkan sebuah video bersifat polemik sejurus sebelum penahanannya yang menyeru penduduk Filipina agar menunjukkan keberanian mereka dan menentang perang dadah Duterte, yang telah melihat lebih 6,500 orang terbunuh sejak beliau menjawat jawatannya pada lapan bulan lepas.

“Tidak ada kecurigaan bahawa presiden kita adalah seorang pembunuh dan seorang pembunuh bersiri sosiopatik,” kata beliau dalam video selama 10 minit yang dimuat naik dalam laman Facebook beliau.

De Lima, seorang bekas pesuruhjaya hak asasi manusia, turut menyatakan penahanan beliau merupakan satu tindakan bersifat dendam bagi usaha beliau selama berdekad-dekad untuk mendedahkan Duterte sebagai pemimpin skuad kematian semasa zaman beliau menjadi datuk bandar di bandar selatan Davao.

Pada mulanya Duterte membangkitkan tentang tuduhan pada Ogos bahawa De Lima telah menjalankan sebuah kumpulan pengedaran dadah dengan penjenayah di dalam penjara paling besar di negara ketika beliau merupakan setiausaha kehakiman dalam kerajaan sebelumnya.

“Saya terpaksa memusnahkan beliau secara umum,” Duterte berkata kemudian ketika memulakan satu kempen untuk menjejaskan reputasinya, termasuk dengan membuat tuduhan yang remeh mengenai kehidupan seks beliau.

Pada minggu lepas De Lima telah didakwa dengan tiga tuduhan pengedaran dadah.

Beliau dan para penyokongnya menegaskan bahawa Duterte telah mereka-reka tuduhan yang bukan sahaja untuk memusnahkan tentangannya, namun juga bagi mengugut orang lain yang ingin menentang presiden atau perang dadahnya.

“Rakyat berasa takut,” Father Robert Reyes, seorang paderi aktivis yang telah bermalam di Senat bersama De Lima dan para penyokong lain, memberitahu AFP selepas penahanan beliau.

“Sekiranya kerajaan boleh menahan seseorang yang berkuasa seperti De Lima, apa lagi bagi golongan bawahan? Ini adalah mesej yang dinyatakan berdasarkan  penahanannya.”

Timbalan Presiden Leni Robredo, seorang anggota parti pembangkang De Lima, Parti Liberal dan dilantik berasingan dari Duterte, menyatakan penahanan beliau adalah “pencabulan bersifat politik”.

Amnesty International me-nyatakan kelmarin bahawa ia akan menganggap De Lima sebagai seorang “tahanan gerak hati”.

“Penahanan De Lima adalah satu cubaan terang-terangan oleh kerajaan Filipina untuk mendiamkan kritikan terhadap Presiden Duterte dan mengalih perhatian daripada pencabulan hak asasi yang serius dalam “peperangan terhadap dadah”,” jelasnya.

Pembantu Duterte mene-gaskan mereka mempunyai satu kes yang sangat kuat terhadap De Lima dan me-nyatakan penahanannya me-nunjukkan malah orang yang paling berkuasa akan dihadapkan ke muka pengadilan sekiranya mereka melanggar undang-undang.

“Perang terhadap dadah haram menyasarkan semua orang yang terlibat dan penahanan seorang senator me-nunjukkan tindakan tegas presiden untuk menentang pengedar, penyeludup dan pelindung mereka,” jurucakap presiden Ernesto Abella berkata.

Duterte, 71, memenangi pilihan raya presiden pada tahun lepas selepas berjanji semasa kempen untuk menghapuskan dadah dalam masyarakat dengan membunuh berpuluh-puluh ribu orang.

Beliau melancarkan sera-ngan dengan segera selepas mengangkat sumpah pada Jun dan pihak polis dilaporkan telah membunuh 2,555 suspek dadah sejak itu, dengan kira-kira 4,000 lagi dibunuh dalam keadaan yang tidak dapat dinyatakan.

Amnesty telah memberi amaran bahawa tindakan polis dalam perang dadah mungkin bersamaan dengan jenayah terhadap kemanusiaan. — AFP

Advertisement