Anda di sini

Cubaan pecah masuk berakhir di lokap

Advertisement

SIBU: Cubaan seorang lelaki melakukan jenayah pecah rumah di sebuah rumah di Rejang Park berakhir di lokap Balai Polis Sentral malam kelmarin.

Dalam kejadian pada jam 11.30 malam itu, polis menerima makluman awam memberitahu seorang lelaki cuba memecah masuk sebuah rumah di kawasan tersebut.

Polis kemudian bergegas ke tempat kejadian dan mendapati seorang lelaki, 43, berbangsa Cina berjaya ditangkap oleh orang awam.

Difahamkan, lelaki tersebut cuba memecah masuk sebuah rumah di situ namun tindakannya berjaya dihidu orang awam yang kemudian bertindak menangkap suspek.

Suspek kemudian diserahkan orang awam kepada polis untuk tindakan lanjut.

Beberapa peralatan dipercayai diguna untuk melakukan pecah rumah turut dirampas daripada suspek yang kini direman selama tiga hari sehingga 27 Februari ini.

Advertisement