Anda di sini

Pembantah projek ‘Dakota Access’ mulai bersurai

Advertisement

CHICAGO: Selepas hampir satu tahun menduduki kawasan dataran rumput Dakota Utara untuk menghalang laluan saluran paip minyak kontroversi, ramai penunjuk perasaan akhirnya meninggalkan kawasan itu kelmarin bagi mematuhi tarikh akhir beredar dari kawasan tersebut.

Kira-kira 10 aktivis yang masih kekal selepas tarikh akhir pukul 2 petang waktu tempatan telah ditahan, menurut Pusat Maklumat Bersama Dakota Utara.

Awal bulan ini, Presiden Donald Trump menandatangani satu arahan eksekutif untuk meneruskan projek saluran paip. Selepas permit terakhir dikeluarkan, kerja-kerja pembinaan ‘Dakota  Access’ bermula dengan segera.

Penduduk asli Amerika dan penyokong mereka mula meninggalkan tanah persekutuan yang diduduki oleh satu populasi yang bertambah menjadi beberapa ribu pada satu masa dan menyanyi lagu tradisi dan juga bergendang.

Ramai yang membantah projek saluran paip itu ber-kata ia mengancam air minuman untuk penduduk pribumi Standing Rock Sioux.

Pemaju saluran paip, Ener-gy Transfr Partners, mene-gaskan ia selamat dengan sistem berteknologi tinggi dipasang untuk menghalang malapetaka alam semula jadi.

Pihak berkuasa negeri dan etnik merancang untuk memulakan usaha bersama membersih tapak perhimpunan di kawasan berkumpul, membuang sampah, struktur, kenderaan dan kotoran lain dengan menjangkakan musim banjir akan tiba.

Tanpa pembersihan, pihak berkuasa berkata saluran air penduduk tempatan mungkin tercemar. Lebih 230 trak penuh dengan serpihan telah dikeluarkan sehingga Isnin lepas, kata pegawai.

Penunjuk perasaan membakar beberapa struktur dalam perjalanan keluar dari tapak kem dalam apa yang mereka katakan satu acara ritual.

Mereka melakukan 20 pembakaran, kata pihak berkuasa sambil menambah bahawa sekurang-kurangnya dua letupan juga berlaku di mana kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun dan remaja perempuan berusia 17 tahun dikejarkan ke hospital kerana kelecuran.

Beberapa penunjuk pera-saan telah memberitahu penguatkuasa undang-undang di mana mereka akan terlibat dalam penentangan pasif dan dijangka akan ditahan, kata Tom Iverson dari Pasukan Peronda Polis Dakota Utara.

Orang ramai dibenarkan pergi,” kata beliau sambil menambah proses pemindahan adalah bertujuan “untuk mengelak bencana ekologi.”

Kerajaan negeri juga menawarkan penunjuk perasaan tambang bas kembali ke hotel dan tempat penginapan untuk satu malam.

Penduduk asli Amerika dan yang lain mula menunjuk perasaan di kem itu bermula April tahun lepas, membantah pembinaan saluran paip minyak sepanjang 1,172 batu.

Ia melalui di bawah tanah kawasan suci Standing Rock Sioux dan di bawah Sungai Missouri, yang merupakan sumber minuman untuk kawasan pemuliharaan etnik.

Kumpulan etnik itu memfailkan usul di mahkamah persekutuan minggu lepas meminta pembinaan saluran paip dihentikan sehingga semakan impak alam sekitar selesai. — AFP

Advertisement