Anda di sini

Media Korea Utara ‘serang’ Malaysia

Advertisement

Tuduh Malaysia bermain politik, berkonspirasi dengan Korea Selatan dalam kes Jong-nam

 Anggota media mengerumuni kereta yang meninggalkan kedutaan Korea Utara di Kuala Lumpur, kelmarin. — Gambar Reuters
KECOH: Anggota media mengerumuni kereta yang meninggalkan kedutaan Korea Utara di Kuala Lumpur, kelmarin. — Gambar Reuters

SEOUL: Media kerajaan Korea Utara menamatkan kesunyian selama 10 hari semalam mengenai pembunuhan abang Kim Jong-un, dengan melancarkan sera-ngan ke atas Malaysia kerana pengendalian kes itu “yang tidak bermoral” dan kerana bermain politik dengan mayat tersebut.

Dalam kenyataan pertamanya mengenai pembunuhan Kim Jong-nam di lapa-ngan terbang, KCNA berkata Malaysia memikul tanggungjawab bagi kematian itu, dan menuduhnya berkonspirasi dengan Korea Selatan.

Malaysia wajib menye-rahkan mayatnya kepada pihak DPRK (Korea Utara) kerana ia membuat bedah siasat dan pemeriksaan forensik ke atasnya dengan cara yang menyalahi undang-undang dan tidak bermoral,” Jawatankuasa Ahli Juri Korea di Korea Utara menyebut dalam kenyataan yang disiarkan oleh agensi berita kerajaan.

Malaysia belum melepaskan mayat itu “di bawah alasan tidak masuk akal” bahawa ia memerlukan sampel DNA dari keluarga si mati, katanya dalam satu kenyataan panjang yang tidak menyebut nama mangsa.

Ini membuktikan bahawa pihak Malaysia akan mempolitikkan pemindahan mayat itu tanpa mempedulikan langsung undang-undang antarabangsa dan moraliti dan oleh itu mencapai tujuan yang jahat,” katanya.

Malaysia menahan empat orang – seorang lelaki Korea Utara, seorang warga Malaysia, dan wanita-wanita dari Indonesia dan Vietnam – berhubung serangan pada 13 Feruari ke atas Jong-nam di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur ketika dia menunggu penerbangan ke Macau.

Rakaman CCTV yang bocor menunjukkan Jong-nam yang berbadan gempal didekati dua wanita yang kelihatan meletakkan sesuatu pada wajahnya.

Beberapa minit kemudian dia kelihatan meminta bantuan dari kakitangan lapangan terbang, yang membawanya ke sebuah klinik.

Polis Malaysia berkata dia mengalami kekejangan dan meninggal dunia sebelum dia sampai ke hospital.

Bedah siasat menolak kegagalan jantung, dan penyiasat memberi tumpuan kepada teori bahawa toksin telah diletak pada wajahnya, dalam apa yang menurut Korea Se-latan adalah satu pembunuhan sasaran.

Menteri Luar di Seoul, Yun Byung-se kelmarin berkata di London bahawa pembunuhan itu adalah peluang bagi masyarakat antarabangsa “untuk meng-ambil siri langkah” terhadap Korea Utara.

Yun berkata pembunuhan yang dilakukan oleh Korea Utara, jika disahkan, merupakan satu “pencabulan serius” terhadap order antarabangsa.

Jika Korea Utara disahkan menjadi dalang pembunuhan, masyarakat antarabangsa akan melihat ia sebagai satu tindakan keganasan kerajaan yang melangkaui kedaulatan Malaysia,” menurut Yun yang dipetk sebagai berkata oleh agensi berita Yonhap selepas satu pertemuan dengan Setiausaha Luar British, Boris Johnson.

Polis Malaysia berkata mereka mahu bercakap dengan sejumlah lapan warga Korea Utara walaupun mereka fikir beberapa orang mungkin sudah tiba di Pyongyang tidak lama selepas pembunuhan itu.

Mereka yang dikehendaki termasuk seorang diplomat dari kedutaan Korea Utara di Kuala Lumpur, dan juga seorang pekerja penerba-ngan. — AFP  

Advertisement