Anda di sini

Noraniza Idris kembali dengan single ‘Wangikanlah Hatimu’

 Noraniza dan Tyka mempersembahkan single ‘Wangikanlah Hatimu’ pada majlis pelancaran dan sidang media baru-baru ini.
KEMBALI LAGI: Noraniza dan Tyka mempersembahkan single ‘Wangikanlah Hatimu’ pada majlis pelancaran dan sidang media baru-baru ini.

RATU Irama Malaysia Noraniza Idris telah mengeluarkan single terbaru ‘Wangikanlah Hatimu’ dengan menampilkan peserta program realiti ‘3 Juara’, Tyka sebagai pelapis baharu dalam Irama Malaysia.

Single ini berkonsep Pop Etnik dan Tradisional yang menggabungkan elemen nyanyian Dikir Barat dan Siam serta Sunda.

Lagu ini merupakan kerjasama Luncai Emas Sdn Bhd dan Noraniza Idris Production Ventures Sdn Bhd (NIPVSB) sebagai tanda menyokong irama tradisi secara berterusan.

Irama Muzik Malaysia mahu kekuatan dari semua pihak untuk menambahkan lagi penerbitan lagu-lagu irama muzik Malaysia kerana dalam industri ini, kita kekurangan penggiat seni, komposer, penulis lirik dan penyanyi,” kata Noraniza.

Jadi melalui, lagu ‘Wangikanlah Hatimu’ ini, saya berharap akan dapat melahirkan lebih banyak lagi penggiat seni yang baru untuk mewarnai industri muzik Malaysia bermulanya pada era 2017 ini,” ujar beliau pada majlis pelancaran dan sidang media baru-baru ini.

MESEJ MENDALAM

Lirik lagu ini mempunyai mesej yang sangat mendalam kepada semua insan yang mendalami lirik ini kerana ia berunsur nasihat dan ingatan bahawa setiap kejayaan datang dari hati yang bersih,” kata Noraniza.

Single tersebut akan dipasarkan terus secara digital melalui saluran iTunes Store dan aplikasi streaming (Spotify, Joox, Apple Music dan Yonder Music).

NIPVSB berharap para peminat akan memberi sokongan terhadap lagu-lagu ini dengan membeli secara atas talian mahupun membeli nada dering pemanggil sebagai koleksi peribadi. Bernama