Anda di sini

Keuntungan sebelum cukai MBSB 2016 susut kepada RM338.42j

Advertisement

KUALA LUMPUR: Keuntungan sebelum cukai Malaysia Building Society Bhd’s (MBSB) untuk tahun kewangan berakhir 31 Dis 2016 susut kepada RM338.42 juta daripada RM355.03 million dalam tahun kewangan 2015.

MBSB dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, berkata penyusutan itu adalah disebabkan oleh peruntukan bagi kerugian pinjaman, pendahuluan dan pembiayaan.

Bagaimanapun, pendapatan menokok kepada RM3.27 bilion berbanding RM3.05 bilion.

Jumlah keseluruhan aset kumpulan juga bertambah kepada RM43.26 bilion daripada RM41.09 bilion yang dicatatkan pada 2015, katanya.

MBSB ketika bercakap mengenai pinjaman kasar serta pembiayaan, berkata ianya naik sedikit kepada RM35.28 bilion daripada RM34.11 bilion dalam tempoh yang sama tahun 2015.

Bagaimanapun, nisbah pembiayaan terjejas bersih yang berjumlah sebanyak 2.99 peratus pada akhir 2016, telah dikurangkan kepada 2.87 peratus dalam tahun 2015.

Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif MBSB Datuk Ahmad Zaini Othman, berkata dalam meningkatkan kedudukan mudah tunai, kumpulan telah menambah pelaburan dalam aset mudah tunai dan mencapai pertumbuhan sebanyak RM1.37 bilion dan ini menyumbang kepada jumlah pendapatan.

Ahmad Zaini dalam satu kenyataan semalam, berkata aset cair naik kepada RM9.28 bilion pada 31 Disember 2016 daripada RM7.90 bilion.

Katanya, aset pembiayaan runcit kekal sebagai penyumbang utama kepada pendapatan dengan komposisi aset antara peruncitan dan korporat pada 81:19 untuk tahun 2016 berbanding 85:15 pada tahun sebelumnya.

Ini adalah suatu kemajuan ke arah sasaran kumpulan iaitu pada kadar 70: 30,” katanya.

Ketika bercakap mengenai masa depan, beliau memberitahu MBSB kekal optimis walaupun dalam keadaan ketidaktentuan ekonomi.

MBSB telah membangunkan dan memperkukuhkan keupayaannya dalam segmen korporat tertentu yang terkait dengan projek-projek kerajaan, terutamanya dalam bidang pendidikan, infrastruktur dan sekarang, perumahan mampu milik.

Kepakaran teknikal dalaman berkelayakan akan memantau projek dengan berkesan bagi mengenal pasti dan menangani risiko-risiko berkaitan,” katanya. — Bernama

Advertisement