Anda di sini

Pesawat rempuh pusat beli-belah, 5 maut

Advertisement

Siasatan ke atas tragedi di Melbourne itu tertumpu kepada ‘kerosakan enjin’: Polis

 Gambar serahan Metropolitan Fire Brigade (MFB) menunjukkan anggota bomba bergegas memadam kebakaran selepas sebuah pesawat ringan meletup dan merempuh pusat beli-belah di Melbourne semalam. — Gambar AFP
TRAGIS: Gambar serahan Metropolitan Fire Brigade (MFB) menunjukkan anggota bomba bergegas memadam kebakaran selepas sebuah pesawat ringan meletup dan merempuh pusat beli-belah di Melbourne semalam. — Gambar AFP

MELBOURNE: Sebuah pesawat ringan meletup dalam “bebola api yang besar” dengan polis menyatakan tiada seorangpun daripada lima orang di dalam pesawat itu terselamat ketika ia terhempas di sebuah pusat beli-belah berhampiran bandar Melbourne di Australia, semalam.

Pesawat Beechcraft itu berubah haluan sejurus selepas berlepas menuju ke pusat beli-belah, yang masih lagi ditutup, bersebelahan dengan lapangan terbang Essendon Fields.

Lima orang di dalam pesawat dan kelihatan seperti tiada sesiapa yang terselamat dalam nahas itu,” kata penolong pesuruhjaya polis Victoria Stephen Leane.

Perdana Menteri Victoria Daniel Andrews menggambarkannya sebagai nahas udara yang terburuk di negara ini dalam tempoh tiga dekad.

Pesawat tempahan per-sendirian dari Essendon, di utara Melbourne, ke King Island, 55 minit ke selatan, terhempas tidak jauh dari laluan utama yang penuh dengan kenderaan pada awal pagi.

Rakaman televisyen secara langsung menunjukkan bangkai pesawat yang hangus, api dan kerosakan besar pada pusat beli-belah dan bangunan berhampiran.

Kepulan asap hitam tebal muncul di ruang udara ketika beberapa saksi menceritakan tentang letupan.

Ia kelihatannya sebuah pesawat ringan, yang merupakan penerbangan sewaan, telah menjejaskan DFO (Direct Factory Outlet) di Essendon Fields,” menteri perkhidmatan polis Lisa Neville berkata.

Pusat beli-belah itu tidak dijangka akan dibuka selama beberapa jam lagi dan pihak berkuasa mengesahkan tiada sesiapa di dalam bangunan yang tercedera.

Terdapat juga serpihan yang ditinggalkan di atas jalan raya,” tambah beliau.

Seorang pemandu teksi menghubungi radio ABC dan memberitahu tentang “bebola api yang sangat besar.”

Saya melihat pesawat ini...ketika ia melanggar bangunan terdapat satu bebola api yang sangat besar,” menurut lelaki bernama Jason.

Saya boleh merasakan haba panas melalui cermin teksi, dan kemudian sebiji tayar –  ia kelihatan seperti tayar pesawat – melantun di atas jalan raya dan mengenai bahagian depan teksi seakan-akan kami sedang memandu di sampingnya.”

Pesuruhjaya polis Victoria Mick Frewen berkata siasatan tertumpu kepada  “kerosakan enjin yang menyebabkan bencana”.

Pesawat itu membuat satu panggilan kecemasan sebelum terhempas, tambah beliau.

Seorang pekerja kedai DFO dikenali sebagai Ash mem-beritahu Sky News dia melihat “bebola api muncul di ruang udara”, sambil menambah ia “dirasai seperti sebutir bom yang meletup”.

Api sangat panas sehingga kami tidak boleh ke mana-mana berdekatan dengannya,” kata Ash.

Kita boleh melihat bangkai pesawat, atau apa yang masih lagi ada padanya.”

Tukang paip Michael Howard, 29, memberitahu Australian Broadcasting Corporation dia melihat satu “pancaran biru”.

Saya sedang …memandang ke luar tingkap...dan kemudian secara tiba-tiba saya melihat satu pancaran biru muncul disusuli dengan satu bebola api besar.”

Ia adalah seperti sesuatu yang terdapat dalam filem,” jelas Howard.

Ketua jabatan bomba Melbourne Paul Stacchino me-nyatakan dalam Twitter “lebih 60 anggota bomba bekerja keras untuk me-madamkan api...di bawah kawalan. Anggota bomba masih berada di tempat kejadian buat seketika.”

Biro Keselamatan Peng-angkutan Australia berkata ia telah menghantar anggota penyiasat ke tempat kejadian.

Essendon Fields telah ditu-tup dan semua lalu lintas dialih ke dua lapangan terbang yang lebih besar di Melbourne, Tullamarine dan Avalon.

Satu bahagian laluan utama yang terdapat di sepanjang lapangan terbang tempatan masih lagi ditutup bagi membolehkan kawasan itu dibersihkan. — AFP               

Advertisement