Anda di sini

Junta Thai digesa gugur kes fitnah terhadap 3 aktivis

Advertisement

BANGKOK: Kumpulan hak asasi semalam menggesa pihak tentera Thai agar menggugurkan tuduhan fitnah terhadap tiga aktivis berhubung satu laporan penting mengenai seksaan di wilayah selatan yang dilanda konflik, mengutuk pendakwaan sebagai satu usaha untuk mendiamkan pengkritik.

Seorang pendakwa raya negara sedang mempertimbangkan sama ada untuk meneruskan dengan kes kontroversi terhadap Pornpen Khongkachonkiet – pengerusi Amnesty International Thailand – Anchana Heemmina dan Somchai Homlaor.

Ketiga-tiga mereka akan berdepan dengan hukuman penjara selama tujuh tahun kerana memfitnah dan satu tuduhan berasingan yang difailkan kerana menyiarkan laporan secara atas talian.

Kes yang menarik perhatian umum di Thailand yang diperintah oleh junta di mana pihak berkuasa biasanya menggunakan undang-undang fitnah bagi menutup laporan mengenai dakwaan salah laku atau rasuah.

Laporan pada 2016, berdasarkan temu bual dengan 54 bekas tahanan, menyata-kan tentang beberapa taktik penyeksaan yang dikatakan telah digunakan oleh anggota tentera dan polis di sekitar wilayah paling selatan yang mempunyai majoriti penganut Islam di negara ini.

Lebih 6,700 orang – keba-nyakannya orang awam – telah terkorban dalam pemberontakan selama hampir 13 tahun oleh penduduk tempatan Melayu Islam terhadap negara Thai, yang memerintah wilayah dengan undang-undang tentera.

Memukul, ugutan dengan diacukan senjata, kehilangan deria dan separuh tercekik adalah semua perkara rutin semasa penahanan suspek oleh pihak berkuasa, jelas laporan tersebut.

Pihak tentera Thai menafikan tuduhan dan melancarkan prosiding terhadap penulis laporan, satu siasatan yang pelik di sebuah wilayah dikuasai sepenuhnya oleh pihak tentera.

Ini adalah satu contoh ketara bagaimana pihak tentera Thai menyalahgunakan sistem kehakiman jenayah bagi menindas dan membalas balik terhadap para aktivis kerana melaporkan salah laku teruk,” kata Sunai Phasuk, wakil Human Rights Watch untuk Thailand.

Tiada anggota pasukan keselamatan Thai yang pernah dipenjarakan bagi pembunuhan tanpa kehakiman atau penyeksaan di wilayah terpencil di selatan Thai-land. — AFP

Advertisement