Anda di sini

Indigital & Pena Creative rai ‘Lelaki Teragung’, ‘7 Hari Mencintaiku’

Advertisement
 Gambar fail bertarikh 22 Januari 2017 ini menunjukkan penyanyi terkenal Dayang Nurfaizah meraikan kemenangan bersama penulis liriknya, Iman Imran (kiri) selepas dinobatkan sebagai juara Anugerah Juara Lagu ke-31 melalui lagu ‘Lelaki Teragung’ di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur. Turut hadir komposer lagu tersebut Natasya (kanan). — Gambar Bernama
DIRAIKAN: Gambar fail bertarikh 22 Januari 2017 ini menunjukkan penyanyi terkenal Dayang Nurfaizah meraikan kemenangan bersama penulis liriknya, Iman Imran (kiri) selepas dinobatkan sebagai juara Anugerah Juara Lagu ke-31 melalui lagu ‘Lelaki Teragung’ di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur. Turut hadir komposer lagu tersebut Natasya (kanan). — Gambar Bernama

SATU majlis kesyukuran sempena meraikan kejayaan lagu ‘Lelaki Teragung’ dan drama ‘7 Hari Mencintaiku’ diadakan di Hotel Royal, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Majlis yang meraikan juara Anugerah Juara Lagu ke-31 (AJL) dan drama yang mencipta sejarah tersendiri dengan lebih 12 juta penonton itu dianjurkan oleh Indigital Sdn Bhd dan Pena Creative Pictures.

Pada majlis tersebut, penerbit drama ‘7 Hari Mencintaiku’, Datuk Zeila Jalil telah menyampaikan cenderahati kepada Dayang Nurfaizah, pencipta lagu ‘Lelaki Teragung’ Natasya dan penulis lirik Iman Imran.

Satu perkara yang saya rasa kejayaan kami ini bergantung penuh bagaimana orang kuat Indigital dan juga Pena Creative tahu menilai mutu ataupun kualiti dalam kita sangsi sama ada karya kita boleh pergi jauh atupun tidak,” kata Iman.

Menurut pihak pengurusan, kekuatan dan kehebatan vokal Dayang Nurfaizah membawakan lagu ‘Lelaki Teragung’ di pentas AJL ke-31, memberi impak besar kepada pihak Indigital dan Pena Creative.

Sokongan dari media elektronik dan media cetak juga membantu pihak Indigital dan Pena Creative mencapai kejayaan mereka. — Bernama

Advertisement