Anda di sini

Ceroboh kondo, bekas banduan didenda RM2,000, sebulan penjara

Advertisement

MIRI: Seorang bekas banduan didenda RM2,000 atau sebulan penjara oleh Mahkamah Majistret di sini pagi semalam kerana kesalahan menceroboh masuk sebuah bangunan kondomium.

Hukuman itu dijatuhkan Majistret Zuraini Ali Musa setelah meneliti beberapa faktor termasuk pengakuan salah dan rayuan tertuduh, keterangan fakta kes, berat kesalahan dilakukannya, kepentingan awam serta mengambil kira tertuduh turut mempunyai rekod kesalahan lampau.

Melky Guyo, 35, dari Lawas didakwa mengikut Seksyen 448 Kanun Keseksaan boleh membawa hukuman penjara setahun atau denda RM2,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Berdasarkan pertuduhan kes, tertuduh didapati menceroboh masuk ke tingkat 10 sebuah bangunan kondomium.

Beliau didakwa melakukan kesalahan itu jam 9.30 malam, pada 15 Februari lalu di sebuah bangunan kondominium Jalan Seri Dagang di sini.

Pendakwaan dilakukan Inspektor Mohd Khairi Mohd Noor manakala tertuduh tidak diwakili.

Advertisement